Month: May 2024

  • KSIA: Melahirkan Bintang TikTok, Merentasi Batas Kemasyhuran!

    Kejayaan gemilang KamiSempoi International Agency (KSIA) dalam meraih kedudukan puncak sebagai agensi TikTok terkemuka di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara telah mencetuskan gelombang sensasi di kalangan pengguna media sosial. Pengiktirafan ini bukan sahaja menonjolkan prestasi KSIA sebagai agensi terunggul, tetapi juga menggariskan komitmen mereka dalam memupuk bakat dan menggerakkan impian masyarakat untuk bersinar di platform TikTok.

    Sejak penubuhan lebih dari dua tahun lalu pada Disember 2021, KSIA telah menapak dengan kejayaan cemerlang, menjadi Platinum Agency No. 1 di Malaysia. Dengan lebih daripada 1,300 hos live TikTok di Malaysia dan 21 sub-agensi, serta perluasan ke Indonesia dan Singapura, KSIA telah membuktikan kehebatannya dalam mengasah bakat dan membuka peluang.

    Namun, kejayaan KSIA tidak terhenti di situ. Mereka telah mengambil langkah berani untuk membantu masyarakat luar sana merealisasikan impian mereka sebagai hos live TikTok. Dengan menyediakan latihan percuma dan bimbingan yang berterusan, KSIA membuka pintu bagi semua golongan untuk bersinar di dunia TikTok.

    Pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, dengan penuh semangat menyatakan komitmen mereka untuk membentuk TikTokers yang bukan sahaja berbakat dalam mencipta konten yang menarik, tetapi juga mematuhi etika platform. Melalui latihan yang disediakan, KSIA bertekad untuk mengelakkan konten yang tidak bermoral atau mengemis, memastikan setiap hos live memahami peranannya sebagai pengaruh positif dalam komuniti TikTok.

    Pelantikan Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA juga menyaksikan penjenamaan semula dan pembaharuan logo agensi, menandakan komitmen mereka untuk terus berkembang dalam arena pemasaran digital. Dengan bimbingan dari selebriti seperti Riezman Khuzaimi, KSIA membawa dimensi baru dalam pembentukan bintang TikTok.

    Penyelenggaraan acara anugerah seperti KamiSempoi Golden Award 2023 adalah bukti kepada penghargaan KSIA terhadap usaha hos live dan sub-agensi mereka dalam meningkatkan prestasi agensi. KSIA berharap acara ini akan menjadi titik tolak untuk meraikan pencapaian tahunan dan mendorong pencipta kandungan untuk terus berkarya dengan cemerlang.

    Dengan visi yang jelas dan komitmen yang kukuh, KSIA tidak hanya menjadi pemimpin dalam industri TikTok Malaysia, tetapi juga pembakar semangat untuk semua yang bercita-cita untuk mengetengahkan bakat mereka di pentas global. Dengan KSIA, impian menjadi bintang TikTok bukan lagi khayalan, tetapi realiti yang boleh dicapai.

  • KamiSempoi International Agency (KSIA) Raih Pengiktirafan Utama Sebagai Top TikTok Agency di Asia Tenggara

    KamiSempoi International Agency (KSIA) dengan bangga mengumumkan pencapaian mereka setelah lebih dari dua tahun beroperasi sejak Disember 2021. Dalam tempoh yang singkat itu, KSIA telah mendapat pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan salah satu daripada Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara. Kejayaan ini menandakan kedudukan KSIA sebagai agensi TikTok terkemuka di rantau ini, yang telah melahirkan banyak pencipta kandungan dan pempengaruh di platform media sosial tersebut.

    Bukan sahaja itu, KSIA juga telah memperluaskan kehadiran mereka ke Singapura dan Indonesia, dengan lebih daripada 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 di Singapura, dan 550 di Indonesia. Mereka juga mempunyai 21 sub-agensi di bawah sayap mereka. Kesemua ini adalah bukti komitmen KSIA untuk memberikan platform kepada individu yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendapatan sebagai host live TikTok.

    Sejajar dengan kejayaan ini, KSIA telah membuat pembaharuan dalam logo dan penjenamaan mereka, menandakan komitmen mereka untuk terus memperbaharui diri dalam dunia pemasaran digital. Mereka juga menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk mengiktiraf pencapaian live host TikTok dan sub-agensi mereka yang telah membantu meningkatkan nama KSIA sebagai pemain utama dalam industri agensi TikTok.

    Pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, menyatakan bahawa kejayaan mereka adalah hasil daripada kesungguhan mereka dalam memberikan latihan kepada live host TikTok mereka. Latihan ini disediakan secara percuma, baik oleh KSIA mahupun oleh sub-agensi mereka. Fokus utama latihan ini adalah untuk mengasah kemahiran mencipta konten yang menarik dan bermanfaat, serta bagaimana untuk berinteraksi dengan pengikut dengan efektif.

    Pakcik Chin Swee menekankan pentingnya konten yang bermanfaat dan mengelakkan konten yang bersifat mengemis. KSIA berusaha untuk memastikan bahawa live host mereka memahami garis panduan komuniti TikTok dan dapat menghasilkan konten yang mematuhi standard yang ditetapkan. Mereka percaya bahawa dengan bimbingan yang tepat, live host TikTok mereka dapat menjadikan platform tersebut sebagai sumber pendapatan yang stabil.

    KSIA juga komited untuk membantu individu dari pelbagai latar belakang menjadi live host TikTok. Mereka telah melihat kejayaan dari pelbagai golongan, termasuk selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumah tangga, dan golongan kurang upaya. Banyak daripada mereka telah menjadikan live hosting sebagai kerjaya sepenuh masa, dengan pendapatan yang mencapai enam digit.

    Di antara selebriti yang bekerjasama dengan KSIA adalah Riezman Khuzaimi, Nita Hamzah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa, dan Achong Sweetchild. KSIA memberikan kelonggaran kepada selebriti dalam menjalani latihan, memahami komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka.

    Perlatikan Riezman Khuzaimi sebagai duta KamiSempoi International Agency

    Pada sidang media ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempi International Agency. 

    Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 

    “Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif. 

    “Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya. 

    Sementara itu, Riezman pula  berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 

    “Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya. 

    Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2023

    Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu. 

    Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

    Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini. 

    “Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini. 

    “Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.

  • TikTok Malaysia Memeriahkan Sambutan Aidilfitri dengan Rumah Terbuka #KongsiBersama

    TikTok Malaysia telah mengadakan Rumah Terbuka Raya untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, mempersembahkan #KongsiBersama, sebuah inisiatif yang menghimpunkan para pencipta kandungan untuk meraikan kreativiti dan ekspresi diri yang autentik.

    Pada permulaan Ramadan, TikTok Malaysia memulakan kempen #KongsiBersama Ramadan & Raya Moments, mengajak komuniti pencipta kandungannya untuk menunjukkan bakat mereka dalam merakam momen-momen berharga Ramadan dan Raya. Kempen itu berlangsung dari 5 hingga 24 Mac, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi perspektif unik mereka melalui enam kategori yang berbeza.

    Pemenang utama dipilih berdasarkan kualiti video mereka yang memancarkan semangat Ramadan dan Raya yang menggerakkan. Penilaian dilakukan oleh panel hakim yang terdiri daripada individu-individu terkemuka, termasuk pengarah terkenal Kabir Bhatia dan penyanyi-pelakon Nabila Razali, yang turut menyertai majlis sambutan tersebut. Setiap pemenang diberikan hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G, serta peluang untuk terlibat dalam program-program pencipta kandungan TikTok pada masa hadapan.

    Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:

    Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

    TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

    “Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

    “Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

    Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

    Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

    Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz ChanChe Sayang KitchenWfsufina, and Abang Shah!

  • Kidd Santhe dan Saixse Berkolaborasi Dengan Atta Halilintar Dalam Lagu Terbaru ‘Mantap Cuy’

     

    Kidd Santhe dan Saixse, dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, telah bergabung melalui lagu terbaru mereka, “Mantap Cuy”. Kolaborasi ini turut menampilkan Atta Halilintar, seorang YouTuber yang popular di Indonesia dan kini tersenarai di antara Top 3 Asia.

    “Mantap Cuy” adalah gabungan slang Malaysia dan Indonesia untuk menangkap semangat dan keterujaan tentang sesuatu, mirip dengan ungkapan “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam bahasa Inggeris. Lagu ini meraikan bukan sahaja kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam hidup. Walaupun berdepan dengan sebarang halangan, lagu ini memberi inspirasi untuk kami belajar mengambil cabaran itu dengan positif,” jelas Kidd Santhe, yang merupakan penerbit lagu itu.

    “Saya telah lama meminati budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia). Jadi, apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, bersama dua individu terbaik dalam industri,” ungkap Atta Halilintar.

    Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah “Mantap Cuy” bersama, malah mereka turut berkolaborasi dalam menulis lirik bersama Atta Halilintar. Projek ini juga menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions, dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

     

    Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

    “Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia mer-upakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saise, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

    “Mantap Cuy” bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 30 April 2024. Video muzik rasmi juga akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam di halaman YouTube Kidd Santhe.