38 tahun dalam industri muzik tanah air, Wings kembali dengan Showcase Wings One Night Only Live in Kuching!

Kumpulan Wings terdiri daripada Awie, Syam, Edrie, Eddie dan Black. Wings merupakan salah satu kumpulan lagenda rock tanah air. Kredibiliti yang dibawakan Wings sepanjang 38 tahun dalam industry muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan yang cukup disegani.

Anggota kumpulan Wings

Selepas sekian lama tidak muncul dengan persembahan berskala besar, Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live in Kuching di Riverside Majestic Hotel pada 27 Ogos ini.

Bidari Mohamad Suhaili dari BMS Event selaku penganjur berharap Showcase Wings One Night Live in Kuching ini mendapat sambutan sekaligus dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) National Cancer Society Cawangan Sarawak.

Sementara itu, Mubarak Akhtar, Pengarah Urusan HS Shazlicious selaku penganjur bersama berkata “Kuching antara lokasi yang sentiasa dinantikan peminat Wings di sana.

Kumpulan Wings semasa di sidang media showcase Wings One Night Only Live in Kuching

“Sebenarnya sudah 10 tahun Wings tidak buat showcase atau konsert di Sarawak. Wings ada peminat di sana. Malah Kuching juga antara bandar besar nak buat konsert. Jadi, kita harap dengan adanya Showcase Wings One Night Only Live in Kuching ini peminat Wings boleh hadir bagi mengubat rindu. Dalam masa sama, mereka boleh membuat sumbangan dengan tabung National Cancer Society sawangan Sarawak.”

Penganjuran Showcase Wings One Night Only Live in Kuching bakal dibuat seminggu selepas Showcase Romantika Awie di Kota Kinabalu, Sabah.

Konsert showcase yang bakal berlangsung selama 2 jam itu bakal didendangkan dengan hampir 20 buah lagu berbaloi dengan harga tiket yang dijual bermula RM3000 hingga RM12,000. Tiket akan mula dijual pada 24 Jun melalui pasukan pemasaran BMS Event.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k