4 Telefilem Istimewa Pada Hujung Minggu Ini Sempena Ulang Tahun TV3 KE 38

TV 3 telah menyajikan banyak telefilem yang sangat menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu ayah, Qalbu dan banyak lagi. Tv3 akan terus mewarnai hari minggu anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun tv3 yang ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa pada hujung minggu ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan jun, setiap hari sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania ( Aedy Ashraf & Puteri Balqis) Dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).

DENDAM PENUNGGU , 4 JUN

Dendam penunggu menceritakan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan yang ngeri itu atau sejarah akan berulang kembali? Lakonan oleh Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman dan Shasha Abedul.

MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 JUN

Matura merupakan seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib tidak menyebelahinya apabila anak yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga kampong, amun ia terbongkar juga dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.  Kekeliruan dan salah faham yang akan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampong. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini? Lakonan oleh Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida.

DANIA,18 JUN

Mengisahkan Dania seorang remaja yang selalu menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang jika adiknya itu menjadi seorang yang anti-sosial. Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah telah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan dania sangat selesa dan percaya terhadapnya. Sarimah memperkenalkan dania kepada cikgu bahar untuk mendapatkan tuisyen percuma. Semuanya sangat berjalan lancer sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Dania mengalami kemurungan kerana perasaan geram dan malunya itu berikutan kejadian yang tidak diduga. Luqman dapat mengetahui perkara ini setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu yang tidak kena pada adiknya itu. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran. Lakonan Aedy Ashraf, Puteri Balqis dan Fezrul Khan.

LANGIT,25 JUN

Menceritakan tentang seorang suri rumah, Raziah dari hero ke zero yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya. Ikuti kisah hidup keluarga Roziah. Lakonan hebat dari Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.  Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini. 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k