40,000 METRIK TAN SEBULAN MUNGKIN DIKURANGKAN DALAM PENJELASAN KPDN MENGENAI KEKELIRUAN BERKAITAN SUBSIDI KUOTA MINYAK MASAK

Had minyak masak bersubsidi mungkin diturunkan kepada 40,000 tan metrik sebulan, seperti yang dilaporkan media arus perdana, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menjelaskan lebih lanjut.

KPDN ingin memaklumkan bahawa, setakat ini, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal dan Kementerian tiada cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik sebulan. Ini adalah kerana daripada jumlah kuota 60,000 tan metrik itu yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1kg adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan harian, didapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu. Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka, syarikat-syarikat 2 pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran Kerajaan.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k