Dato’ M. Nasir Sambut 40 Tahun Ciptaan Seni dalam Konsert ‘CIPTA’ 2024

M. Nasir, figura seni yang dihormati, akan mengadakan konsert terbarunya bertajuk ‘CIPTA’ pada 10 Ogos 2024. Konsert ini merangkumi esensi seluruh penciptaan seni yang telah dihasilkan oleh beliau, yang menjadi inspirasi bagi karyawan seni di seluruh Nusantara. Beliau dikenali sebagai ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, dan sifu dalam dunia seni yang berkualiti tinggi.

Mohamad Nasir Mohamed, nama sebenarnya, jarang gagal mencipta karya yang mencetuskan fenomena di pasaran. Karyanya, dari solo penyanyi lelaki dan wanita, kugiran rock, hingga genre pop dan balada, semuanya memperoleh sambutan yang mengagumkan.

Gelaran Maestro yang diberikan kepada beliau, pada usia 66 tahun, sepenuhnya mencerminkan kebolehan beliau dalam mencipta karya-karya luar biasa yang segar dan memenangi pelbagai pencapaian dalam dunia muzik.

Pemilihan ‘CIPTA’ sebagai nama konsert pertamanya tahun ini merangkumi semua justifikasi bagi makna sebenar ciptaan. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, diselenggarakan secara khusus oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong perkembangan seni dan budaya.

Icon Entertainment menyatakan bahawa ini bukan kali pertama penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara. Namun, melalui persembahan DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan dibawa masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu, bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhannya.

Persembahan ini akan menjadi pentas yang menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti seorang karyawan seni, ditumpahkan menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan. Iman Tang dari Icon Entertainment menegaskan bahawa DATO’ M.N45IR CIPTA akan mempersembahkan karya-karya M. Nasir dalam bentuk yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Sebagai seorang seniman sejati, M. Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’.

Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan.

Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

📍27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS).

 

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR CIPTA

TARIKH: 10 OGOS 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

PEMBELIAN TIKET: http://www.ticket2u.com.my

CATEGORIES
TAGS
Share This