Konsert Afgan dan Lyodra Bakal Gegarkan Kuala Lumpur September Ini!

Konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ akan mempersembahkan Afgan dan Lyodra, dua penyanyi paling ‘top’ dari Indonesia, kepada peminat-peminat setia mereka di Malaysia. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh Kharisma Music, penganjur konsert ternama negara.

Sebagai penganjur utama, Kharisma Music berkerjasama dengan jenama kosmetik terkenal Alha Alfa, serta penganjur bersama Intan Gelombang dan Futurace. Segala-galanya masih misteri pada masa ini, dengan segala pertanyaan dijangka terjawab dalam sidang media khas yang akan diadakan pada bulan Ogos.

Jualan tiket konsert ini akan dibuka pada 10 Julai 2024, jam 12:00 tengah hari, melalui laman web http://www.ticket2u.com.my/afganlyodra

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

  • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
  • Escape (RM338, harga biasa RM438)
  • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
  • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
  • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
  • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!

CATEGORIES
TAGS
Share This