Rumah Impian Menanti Anda dengan Setiap Pembelian Nuuna

Rumah Impian Menanti Anda dengan Setiap Pembelian Nuuna

Kegembiraan membuncah di Central Concourse, Central I-City, Shah Alam, apabila Noorhasnieda Binti Tajuddin diumumkan sebagai pemenang utama sebuah rumah impian Residensi Alea di Puncak Alam, Selangor. Kemenangan ini diraihnya melalui peraduan ‘Fuyoo! Beli Nuuna Menang Rumah’ yang telah berlangsung dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Peraduan ini telah mendapat sambutan hangat dengan hampir 15,000 penyertaan dari seluruh negara. Mekanismenya mudah, peserta hanya perlu membeli produk NUUNA dan menghantar penyertaan melalui laman web rasmi RASA. Semakin banyak pembelian, semakin tinggi peluang untuk menang.

Acara kemuncak ini menyaksikan 200 peserta tertinggi yang terpilih untuk cabutan bertuah GRAND FINALE. Selain hadiah utama rumah berinspirasikan seni bina Australia, peserta lain turut berpeluang memenangi ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE, dan wang tunai RM100.

Sepanjang peraduan, tiga sesi cabutan bertuah dwi bulanan telah diadakan, di mana Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah, dan Muhammad Irfan bin Mohamad Kassim telah membawa pulang hadiah istimewa.

Sempena peraduan ini, Nuuna turut melancarkan empat variasi perisa mi segera dan bihun segera baharu, iaitu Keju Pedas dan Nasi Lemak. Kedua-dua perisa ini menawarkan pengalaman rasa yang unik dan pastinya akan menjadi kegemaran ramai.

Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan De’Fam yang membuat demo memasak dan persembahan, menambahkan lagi kemeriahan acara.

Ms Vynce Lim, Ketua Pemasaran Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, meluahkan rasa teruja melihat sambutan hangat terhadap peraduan ini. “Peraduan ini bukan sahaja tentang hadiah, tetapi juga tentang menghargai pelanggan setia kami. Melihat kegembiraan para pemenang, terutamanya Noorhasnieda, adalah momen yang sangat berharga.”

RASA dan NUUNA mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan berharap agar acara ini meninggalkan kenangan manis buat semua. Kejayaan peraduan ini membuktikan komitmen mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan menjadikan NUUNA sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.

CATEGORIES
TAGS
Share This