Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Menampilkan Pemuzik Terbaik SeMalaysia

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024: Menampilkan Pemuzik Terbaik SeMalaysia

Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah sebuah festival muzik yang meriah, menyatukan pelbagai alat muzik seperti drum, gendang, dan perkusi untuk mencipta irama dan bunyi yang mencerminkan pelbagai budaya dan harmoni.

Festival yang berlangsung selama sehari ini akan menyajikan acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi interaktif dalam pelbagai genre, persembahan drumline, serta Gala Konsert “All-Star Show” yang pasti mengagumkan.

Antara artis dan pemuzik yang akan mengambil bahagian termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRaja Malaysia, serta pelbagai jemputan khas lainnya.

“Objektif utama penganjuran Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, menyumbang kepada industri kreatif Malaysia, serta meningkatkan kesedaran tentang pelbagai alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.

“Sehubungan itu, kami sebagai penganjur juga akan mengadakan Gala Konsert “All-Star Show,” yang merupakan gabungan persembahan moden, drum Latin, world & etnik perkusi, serta perkusi tradisional Malaysia, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk menunjukkan bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu disokong dan dibanggakan,” jelas Jin dari JS Music.

 

CATEGORIES
TAGS
Share This