Ashraf Muslim Tidak Kisah Digelar Hero Tua
Mula berlakon pada tahun 2005, pelakon Ashraf Muslim tidak kisah digelar hero tua. Menurutnya usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting adalah lakonannya yang memberikan impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.
Sudah berkecimpung dalam bidang lakonan selama 17 tahun, “Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda. Sebaliknya saya sentiasa menjaga attitude, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan”, kata pelakon berusia 41 tahun itu.
Mengulas mengenai filem genre seram, Musyrik, Asyraf berkata dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.
“Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam. Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini,” katanya.
Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies sebagai pelakon utama. Turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi dalam filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!
Filem ini merupakan terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd dan bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Julai. Trailer rasmi file mini boleh ditonton di saluran Youtube WhiteMerpati Movies