Keluang Man Kembali dalam Koleksi Premium Royal Selangor

Keluang Man Kembali dalam Koleksi Premium Royal Selangor

Astro Shaw terus menunjukkan komitmennya dalam mengangkat kandungan tempatan ke peringkat lebih tinggi menerusi pendekatan inovatif memanfaatkan nilai harta intelek (IP) filem. Kolaborasi terbarunya bersama Royal Selangor dalam penghasilan koleksi eksklusif Keluang Man menjadi bukti strategi jangka panjang syarikat dalam memperluaskan jenama tempatan dan menembusi segmen pasaran baharu.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw yang juga Penerbit Eksekutif filem Keluang Man, kerjasama ini merupakan satu usaha menyeluruh untuk memperkukuh ekosistem industri kreatif negara. Dengan menyatukan kuasa IP filem bersama seni pertukangan tradisional Malaysia, inisiatif ini dilihat bukan sahaja mampu membuka peluang baharu kepada penggiat industri tempatan, malah menjadi platform untuk memperkenalkan warisan tempatan kepada generasi muda. Royal Selangor dipilih sebagai rakan kerjasama kerana reputasinya sebagai jenama piuter yang bukan sahaja berpengaruh, tetapi juga sentiasa mengangkat nilai estetika dan kualiti dalam setiap produknya.

Koleksi ini membuktikan bahawa nilai sesuatu IP tidak semestinya terbatas pada layar perak semata-mata. Ia boleh dikembangkan dalam pelbagai bentuk – daripada barangan koleksi, gaya hidup hingga ke produk premium yang mendapat tempat di hati pengguna. Justeru, kolaborasi ini bukan sahaja tentang menghasilkan produk, tetapi tentang membina legasi jenama yang berpanjangan.

CATEGORIES
TAGS
Share This