
Lima Genre, Satu Pentas: Musica Fest Gegarkan Suasana
Axiata Arena bakal bergegar pada 16 November 2025 apabila lima pemuzik hebat dari Indonesia bersatu dalam satu pesta muzik penuh warna – Musica Fest. Dianjurkan oleh Shiraz Projects dengan kerjasama Musica Studio’s, festival ini menjanjikan sebuah pengalaman persembahan yang menggabungkan pelbagai genre, irama, dan jiwa muzik dalam satu malam istimewa.
Barisan pemuzik yang bakal menghangatkan pentas termasuk Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu – gabungan kugiran legenda dan solois muda berbakat yang menjadikan pemilihan untuk edisi ini cukup dinanti-nantikan.
Menurut pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pemilihan lima artis ini bukan sekadar mempertaruh nama besar, tetapi juga membawa kepelbagaian rentak dan era dalam dunia muzik Indonesia ke hadapan peminat Malaysia. “Kami bangga kembali dengan pesta muzik seperti Musica Fest. Ini bukan sekadar konsert, tapi satu perayaan terhadap bakat dan kesinambungan muzik dari seberang,” jelasnya.
Tiga kugiran berpengalaman – Nidji, D’Masiv dan Geisha – sudah lama mengukir nama di hati peminat Malaysia. Dalam masa sama, dua bintang muda yang semakin menyerlah, Shakira Jasmine (finalis The Voice Kids Indonesia) dan Steven Pasaribu (pelantun Belum Siap Kehilangan) turut diberi ruang berkongsi pentas – menjadikan Musica Fest 2025 simbol legasi yang berterusan.
Nidji dalam satu kenyataan menyifatkan festival ini sebagai peluang langka yang menyatukan rakan seperjuangan dan generasi baharu dalam sebuah pesta muzik yang penuh makna. “Sudah lama kami tidak sepentas bersama Geisha dan D’Masiv. Tambahan pula, kehadiran Shakira dan Steven menjadikan acara ini lebih istimewa – seperti satu sambutan terhadap perjalanan muzik Indonesia yang terus hidup dan berkembang.”
Untuk peminat setia, bersedialah menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti Hapus Aku, Sumpah dan Cinta Matiku (Nidji), Cinta Ini Membunuhku (D’Masiv), Lumpuhkan Ingatanku (Geisha), Benar Salah dan Stalking (Shakira Jasmine), serta Cinta Tlah Terlambat (Steven Pasaribu).
Tiket Musica Fest mula dijual pada 23 April 2025, 10 pagi di www.myticket.asia. Harga bermula serendah RM158 (Gold) hingga RM398 (Diamond) termasuk kategori Platinum (RM198) dan Rockzone Free Standing (RM188).
Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-86050196 atau Hotline 012-2560082. Ikuti perkembangan terkini di laman rasmi dan media sosial Shiraz Projects:
Website: www.shirazprojects.com
Instagram/Facebook: @shirazprojects
Musica Fest 2025 – lima pemuzik, satu malam, ribuan kenangan. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripadanya!