PTTI Apresiasi Kecemerlangan: RM500 untuk Pelajar Terbaik SPM

PTTI Apresiasi Kecemerlangan: RM500 untuk Pelajar Terbaik SPM

PTTI Group Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan majlis penghargaan yang meriah di Bangi Golf Resort bagi meraikan pencapaian luar biasa pelajar-pelajar PTTI yang berjaya menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024. Dalam majlis tersebut, PTTI mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 kepada setiap pelajar yang memperoleh Straight A dalam peperiksaan SPM 2024. Sebanyak 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan yang membanggakan, dengan sasaran PTTI untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A pada tahun ini.

Sejak awal tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada pelbagai program pendidikan yang dianjurkan oleh PTTI, termasuk kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, serta program motivasi. PTTI turut menjalankan lebih 300 siri School Tour di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, selain melaksanakan lebih 10 sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih. Semua usaha ini bertujuan untuk memperkasakan pendidikan negara serta membantu pelajar menggapai kejayaan akademik.

Para pelajar yang layak menerima insentif RM500 boleh menuntut ganjaran tersebut atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma melalui laman rasmi PTTI di www.ptti.my. Selain itu, PTTI juga melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A secara dalam talian yang berlangsung selama 5 hari, bermula dari 24 hingga 28 April 2025, khusus untuk calon SPM Batch 08. Tiket percuma untuk seminar ini boleh didapati di laman web PTTI.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Nabila Razali dan Bella Astillah, yang hadir untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar. Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, menekankan pentingnya sokongan pendidikan yang tepat bagi membantu pelajar memahami subjek SPM dengan lebih baik. Beliau berkata, “Ramai ibu bapa ingin membantu anak-anak mereka memahami subjek SPM tetapi tidak tahu cara yang betul. Kami di PTTI, dengan pengalaman lebih 10 tahun, yakin bahawa kami mempunyai platform yang tepat untuk membantu calon SPM, terutamanya dengan peperiksaan yang diawalkan tahun ini. Kami berharap untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya beralih dari gred Gagal ke Straight A tahun ini.”

Dengan komitmen berterusan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar, PTTI terus berperanan sebagai pemangkin kepada kejayaan pendidikan di Malaysia.

CATEGORIES
TAGS
Share This