Auto Bavaria Ukir Legasi dengan Anugerah Kecemerlangan BMW ke-14

Auto Bavaria, pengedar utama BMW Group di Malaysia, sekali lagi membuktikan kedudukan unggulnya apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW untuk tahun ke-14 berturut-turut  anugerah tertinggi yang diberikan oleh BMW Malaysia kepada pengedarnya. Kejayaan yang diraih pada Malam Anugerah Pengedar BMW 2025 ini bukan sahaja melakar sejarah tersendiri, malah mengukuhkan rekod Auto Bavaria sebagai satu-satunya pengedar yang mengekalkan prestasi cemerlang secara konsisten sejak anugerah berprestij itu diperkenalkan.

Lebih membanggakan, Auto Bavaria turut muncul sebagai pemenang terbesar malam tersebut dengan kejayaan mengumpul 48 anugerah dalam 12 kategori merangkumi operasi BMW, MINI dan BMW Motorrad. Anugerah-anugerah ini meliputi pencapaian dalam jualan, perkhidmatan selepas jualan, inovasi pengalaman pelanggan, kepakaran pengkhususan produk serta kepimpinan dalam Perkhidmatan Kewangan BMW Group. Kejayaan luar biasa ini menyerlahkan dedikasi Auto Bavaria dalam menetapkan piawaian emas di setiap titik sentuhan bersama pelanggan.

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria, berkata, “Kami amat berbesar hati menerima Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW buat tahun ke-14 berturut-turut. Ini adalah bukti kegigihan, kesungguhan dan dedikasi setiap ahli pasukan kami. Kami juga berterima kasih kepada pelanggan setia yang menjadi tonggak kejayaan kami, sentiasa memberi kepercayaan dan keyakinan yang mendorong kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.”

Mengulas mengenai perancangan masa depan, beliau menambah bahawa Auto Bavaria komited meneruskan pertumbuhan strategik untuk mentakrifkan semula pengalaman pengangkutan premium di Malaysia. Ini termasuk peluasan rangkaian pengedar menerusi konsep bilik pameran Retail.NEXT yang menggabungkan reka bentuk moden dengan pengalaman digital diperibadikan, selain memacu transformasi digital untuk meningkatkan kemudahan serta memperkenalkan pengalaman acara premium seperti pratonton eksklusif dan program memandu berinspirasikan sukan motor. Setiap inisiatif ini menegaskan misi Auto Bavaria untuk menjadikan pengalaman pemilikan kenderaan bukan sahaja lebih mudah dan menyenangkan, tetapi juga penuh dengan ganjaran bermakna.

Dengan terus meletakkan inovasi dan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan, Auto Bavaria kekal sebagai pengedar BMW yang bukan sahaja cemerlang, malah menjadi penanda aras dalam industri pengangkutan premium di Malaysia.