vivo V50 Lite 5G Kini di Malaysia: Inovasi Flagship, Tenaga Berpanjangan

vivo V50 Lite 5G Kini di Malaysia: Inovasi Flagship, Tenaga Berpanjangan

vivo Malaysia secara rasminya melancarkan vivo V50 Lite 5G, model terbaharu dalam siri V50 yang direka khas untuk pengguna yang menginginkan gabungan sempurna antara gaya, ketahanan dan prestasi pintar. Peranti ini menampilkan bateri BlueVolt 6500mAh yang paling nipis pernah dihasilkan vivo, namun tetap berkuasa tinggi  mampu bertahan sehingga 27 jam tontonan YouTube atau lebih 15 jam melayari TikTok secara berterusan. Dengan sokongan pengecasan pantas FlashCharge 90W, pengguna boleh mendapatkan 20% bateri hanya dalam 7.5 minit, dan cas penuh dalam masa 52.5 minit. Reka bentuk ultra nipis hanya 7.79mm dipadankan dengan skrin rata 2.5D dan paparan P-OLED 6.77 inci, memberikan pengalaman visual imersif dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2%. Tiga pilihan warna iaitu Titanium Gold, Phantom Black dan Fantasy Purple menyerlahkan karakter pengguna yang sofistikated, misteri dan ceria.

Daripada segi imej, vivo V50 Lite 5G dilengkapi sistem kamera AI dengan Kamera Utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882, Kamera Ultra-Lebar 8MP dan Kamera Swafoto 32MP. Sistem Aura Light setaraf studio pula menyesuaikan pencahayaan mengikut persekitaran untuk hasil gambar semula jadi. AI Image Studio hadir dengan ciri-ciri seperti AI Erase 2.0 dan AI Photo Enhance yang memudahkan penyuntingan imej dalam satu sentuhan. Di samping itu, vivo V50 Lite 5G juga tampil dengan ciri pintar seperti Circle to Search with Google, Live Text, dan AI Screen Translation yang menyokong lebih 130 bahasa, menjadikannya teman harian ideal bagi pengguna aktif.

Peranti ini juga menawarkan ketahanan menyeluruh dengan pensijilan SGS Lima Bintang Rintangan Jatuh serta piawaian gred tentera, bersama penarafan kalis air dan habuk IP65. Teknologi Sentuhan-Tangan-Basah memastikan skrin tetap responsif walaupun jari pengguna basah atau berminyak. Tambahan pula, teknologi bateri termaju seperti Carbon Recomposition, Laser Etching, dan Battery Encapsulation menyumbang kepada ketahanan dan keselamatan jangka panjang, dengan jaminan kesihatan bateri selama lima tahun. Tidak ketinggalan, cip MediaTek Dimensity 6300 yang menjana peranti ini memberikan kelancaran penggunaan harian dengan sokongan paparan AMOLED 120Hz dan pembesar suara stereo berganda untuk pengalaman multimedia lebih mengasyikkan.

Bagi menyemarakkan pelancaran vivo V50 Lite 5G, vivo Malaysia turut bekerjasama dengan dua personaliti media sosial terkenal, Arwind Kumar dan Jobroseph, sebagai Rakan Rasmi V50 Lite yang berkongsi pengalaman sebenar menggunakan peranti ini dalam gaya hidup mereka yang aktif. Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan vivo BlueVolt Big Battery Game Zone, di mana para tetamu boleh menguji ketahanan bateri melalui pelbagai cabaran interaktif, serta siaran langsung eksklusif dari studio radio tempatan yang dikendalikan sepenuhnya menggunakan vivo V50 Lite 5G  tanpa gangguan sepanjang acara. Malah, vivo juga melancarkan cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY dari 1 hingga 18 Mei 2025, mengajak pengguna berkongsi kreativiti mereka dalam menonjolkan kehebatan bateri peranti ini untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk satu unit vivo V50 Lite 5G baharu.

vivo V50 Lite 5G kini boleh didapati di seluruh Malaysia pada harga RM1,299 di semua pengedar sah vivo. Bagi pembelian dari sekarang hingga 2 Jun 2025 di Kedai Konsep vivo, pelanggan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,096 termasuk vivo Buds bernilai RM129, rebat tunai RM100, lanjutan waranti vivo care+ selama 1+1 tahun, waranti bateri selama lima tahun, waranti perlindungan skrin selama 180 hari dan waranti pelbagai wilayah sesuai untuk mereka yang sering melancong. Tawaran eksklusif ini juga disertakan dengan diskaun SpayLater RM100, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, dan pilihan tukar beli untuk naik taraf peranti dengan lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V50 Lite 5G, termasuk spesifikasi dan promosi terkini, layari laman web rasmi vivo Malaysia di www.vivo.com/my, atau ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.

CATEGORIES
TAGS
Share This