Astro & TVS Himpunkan Bintang di ‘Konsert MeleTOP TVS’ Pertama di Sarawak

Astro & TVS Himpunkan Bintang di ‘Konsert MeleTOP TVS’ Pertama di Sarawak

Buat julung kalinya, Astro dengan kerjasama TVS akan menganjurkan Konsert MeleTOP TVS, konsert MeleTOP pertama yang dibawa ke luar Semenanjung Malaysia. Konsert ini bakal berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup) dengan siaran langsung bermula jam 9.00 malam menerusi TVS (saluran 122) serta platform penstriman Astro ONE dan sooka. Bagi yang terlepas siaran langsung, ulangan akan ditayangkan pada 25 Mei 2025, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Dengan tema ‘Nang Champiyen Nang Lagend’, konsert ini meraikan keunikan budaya Borneo dengan gabungan elemen tradisional dan budaya pop masa kini, menjanjikan sebuah persembahan yang memukau dan penuh warna-warni.

Penonton akan dihiburkan oleh barisan artis hebat tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong, serta ramai lagi. Konsert ini juga bakal menampilkan gandingan pengacara popular MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana, bersama pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh, menjadikan malam tersebut lebih meriah dan dinamik.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, penganjuran konsert ini merupakan satu penghargaan kepada warga Malaysia Timur dan simbolik kepada perpaduan budaya dan etnik. “Kami amat berbesar hati dapat menggabungkan dua jenama besar dunia hiburan tanah air, iaitu MeleTOP dan TVS, untuk membawakan barisan penghibur tersohor Malaysia ke Miri. Muzik sentiasa menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah platform di mana kita menzahirkan kebersamaan dalam kepelbagaian,” ujar beliau.

Konsert ini turut dikuasakan oleh U Mobile sebagai penaja utama dan Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi, serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio. Menambahkan lagi keterujaan menjelang konsert, Astro juga akan menganjurkan acara Hello Miri dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri. Acara ini merupakan peluang untuk peminat bertemu artis kesayangan mereka, menyertai pratonton eksklusif kandungan Astro dan menikmati pelbagai persembahan secara dekat. Antara selebriti yang dijangka hadir termasuk Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Adira, Wani Kayrie, Ayu Damit, Shahrul Kamal, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Isaac Voo, dan pelakon antarabangsa dari drama popular “Little Nyonya”, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.

Menariknya, Uji bakat Kilauan Emas 2025 juga akan diadakan pada 9 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi sama. Pengunjung juga berpeluang melawat booth Astro untuk mengetahui promosi dan produk terkini sepanjang tiga hari acara berlangsung. Peminat boleh menstrim Konsert MeleTOP TVS melalui Astro ONE yang menawarkan lebih daripada 95 saluran dan penstriman sehingga 4 peranti serentak. Untuk pengalaman hiburan yang lebih lancar, pelanggan boleh menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps hanya pada RM90 sebulan. Layari www.astro.com.my untuk melanggan atau menaik taraf hari ini — hiburan hebat kini lebih mudah diakses, dari mana-mana sahaja.

CATEGORIES
TAGS
Share This