
KONSERT SULUNG AKIM & THE MAJISTRET: LEDAKAN MUZIK DI MEGA STAR ARENA!
Tanggal 28 Jun 2025 bakal mencatat sejarah baharu dalam landskap muzik Malaysia apabila Akim & The Majistret mengambil alih Mega Star Arena dengan konsert solo pertama mereka yang penuh simbolik dan semangat perjuangan – Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur. Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu misi besar yang digerakkan oleh muzik, semangat kolektif, dan identiti rock sejati.
Meminjam tajuk daripada lagu ikonik mereka, “Rampas”, konsert ini membawa maksud lebih mendalam – ia adalah seruan kebangkitan, lambang keyakinan bahawa pentas utama muzik negara kini menjadi milik mereka. Lebih 20 lagu akan dipersembahkan secara langsung dalam malam epik ini, menjadikannya sebagai pengisytiharan rasmi Akim & The Majistret sebagai kuasa besar dalam arena muzik tanah air.
Untuk memberikan nafas segar kepada promosi konsert ini, satu konsep unik diperkenalkan – Rampasan Kuala Lumpur. Di bawah konsep ini, Akim tampil sebagai Komander Akim, mengetuai barisan elit Tentera Majistret, iaitu ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pemuzik handalan dari pelbagai kumpulan legenda. Misi mereka? Menawan Kuala Lumpur melalui kekuatan muzik dan persembahan yang menggegarkan.
Namun, mereka tidak bergerak sendirian. Setiap pembeli tiket secara automatik akan dilantik sebagai Perisik Majistret – penyokong setia yang akan menjadi nadi dan tenaga penggerak kepada kejayaan misi rampasan ini. Dari jeritan dan sorakan, hinggalah ke penyertaan dalam pelbagai misi yang akan diumumkan menjelang hari konsert, setiap Perisik memegang peranan penting.
Konsert ini juga dijangka mengangkat pengalaman penonton ke tahap luar biasa dengan konsep artistik yang dirahsiakan – hanya Perisik Majistret akan mengetahui sepenuhnya apabila hari rampasan tiba. Di sebalik konsep dan strategi kreatif ini ialah Racus Studio, rakan kreatif rasmi yang membawa pendekatan penceritaan sinematik ke dalam dunia promosi muzik secara langsung.
Butiran Konsert:
-
Tarikh: 28 Jun 2025
-
Masa: 8.30 malam
-
Tempat: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
-
Tiket:
-
CAT1 – SAKSAMA (Rockzone): RM189
-
CAT2 – POTRET (VIP Seating): RM249 (SOLD OUT)
-
CAT3 – MEWANGI (Normal Seating): RM159
-
Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/rampas dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit/kredit, online banking dan BNPL (Atome & SPayLater).
Akim & The Majistret bukan calang-calang kumpulan. Mereka adalah gabungan pemuzik elit negara – dari Akim Ahmad sendiri hinggalah ke ahli-ahli dari 6ixth Sense, Hyper Act, Sofazr, dan New Boyz – menjadikan mereka sebuah supergroup yang bertenaga, penuh kreativiti dan pengalaman pentas yang luas. Kekuatan mereka terbukti melalui kejayaan lagu-lagu seperti Potret, Mewangi, Obses, dan pastinya Rampas.
Rampasan ini hanya permulaan. Kuala Lumpur bakal menjadi titik mula kepada siri jelajah yang lebih besar. Untuk mereka yang mahu jadi sebahagian daripada sejarah, inilah peluang. Daftar sebagai Perisik Majistret hari ini dengan mendapatkan tiket dan ikuti @showtagasia di Instagram dan TikTok untuk peluang memenangi tiket percuma serta merchandise eksklusif!