CARING PHARMACY MEMPERBAHARUI PROGRAM KESETIAAN & MEMPERKENALKAN KEAHLIAN 3 PERINGKAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-28
Program keahlian khas tiga peringkat menerusi program keahlian Prihatin Kesetiaan telah dilancarkan oleh CARiNG PHARMACY sempena ulang tahunnya yang ke-28 sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan setianya. Dari 6–10 Oktober 2022, debut utama akan berlangsung di Karnival CARiNG, Gelanggang Tengah, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil.
Selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesahan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.
Sebagai sebuah rangkaian farmasi yang memiliki keahlian terbesar di Malaysia iaitu seramai 1.3 juta ahli, CARiNG Pharmacy bertindak untuk menambah baik aplikasi mudah alih untuk memberi pelbagai faedah kepada pengguna. Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat.
Selari dengan slogannya “Be Caring, Be Rewarded!”, ahli pengguna Caring boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring.
Demi meraikan acara ini, CARiNG Carnival menganjurkan pelbagai aktiviti percuma seperti Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox dan pelbagai lagi aktiviti mesra keluarga. Tambahan lagi, carnival ini turut menampilkan booth jenama terkenal seperti Brand’s, Ensure, Hada Labo, Iconic Medicare, Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor. Para pembeli akan dihadiahkan dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahli, membeli di booth pameran, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mereka juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival ini.
Bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan. Sebagai Langkah inisiatif untuk lebih mendekati, Langkah inisiatif untuk lebih mendekati menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolestrol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG di carnival ini.
CARiNG Pharmacy turut menggesa masyarakat untuk “Do It Right” berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat. Pembuangan bahan perubatan yang tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada alam sekitar, ekonomi dan kesihatan. Dengan menyediakan tempat pengumpulan di carnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat-ubatan secara selamat.
Muat turun aplikasi Caring di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery sekarang untuk menikmati 200 mata ganjaran permulaan kepada ahli baru yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARiNG Pharmacy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://caring2u.com/member-privilege/.