Pempengaruh, Selebriti, Artis Tanah Air dan Peniaga Tempatan disatukan di Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara

Fiesta Raya @ the Curve menawarkan orang ramai peluang untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri di lokasi alternatif yang nyaman dan menarik. Acara ini berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April 2024 sepanjang bulan Ramadan 1445H, dan akan diadakan di the Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Inisiatif Fiesta Raya @ the Curve merupakan hasil kolaborasi antara ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman belanja yang unik dan beragam bagi masyarakat yang merayakan Ramadan dan Aidilfitri.

Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.

Selaku penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serta barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi.

Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ The Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.

Dengan sokongan daripada Boustead the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara.

Pihak penganjur turut menyasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ The Curve tahun ini.

Bertemakan “”Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!”, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah salah satu lokasi yang perlu dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga bagi menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari Raya, menjelang Syawal ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-3153988 (Haji Kamal), 012-4056349 (Puan El) atau 012-3055861 (Puan Amira)

CATEGORIES
TAGS
Share This