Single Baharu ‘Take Me Back’ Oleh Kee Kini Tersedia di Semua Platform Muzik
Kee, seorang artis baru yang berbakat besar, telah muncul dengan single terbarunya, ‘Take Me Back‘, yang menggambarkan nostalgia dan kenangan yang mendalam. Lagu ini merakam kenangan-kenangan manis dan indah yang dikongsi bersama seseorang yang istimewa. Ia akan mengundang para pendengar untuk menelusuri perjalanan emosi melalui kenangan masa lalu.
“Lagu ini mengisahkan tentang detik-detik manis anda bersama seseorang yang istimewa. Setiap kali saya mendengar lagu ini, ianya selalu membawa saya kembali ke zaman di mana emosinya sama seperti projek lagu ini,” kata Kee yang jelas teruja.
Selepas menjalankan latihan vokal selama kira-kira dua bulan, hasilnya seperti yang dijangkakan. “Take Me Back” bukan sahaja mempamerkan lirik yang tulus hati tetapi juga peningkatan yang luar biasa dengan kebolehannya dalam nyanyian. Komitmen terhadap kecemerlangan vokal terserlah, menjadikan penyampaian lagu sebagai bukti dedikasi dan semangat Kee untuk ekspresi muzik.
“Saya telah meluangkan banyak masa dalam memastikan semuanya berjalan lancar sehingga rakaman. Untuk lagu ini, saya terpaksa mengambil latihan vokal untuk hampir dua bulan bagi meningkatkan kemahiran vokal saya dan secara keseluruhannya, saya amat gembira sekali dengan hasilnya.”
Walaupun lagu ”Take Me Back” memberikan cabaran yang hebat kerana julat vokal asalnya berada di luar zon selesa, Kee dengan dorongan dan kepercayaan orang-orang rapat di sekelilingnya terutamanya wakil syarikat rakaman, dia memulakan perjalanan transformasi melalui kelas vokal. Sokongan hebat yang diterima untuk menonjolkan suaranya ke dalam nadi lagu ini adalah penting, dan dia amat berterima kasih atas usaha kerjasama yang telah membawa pencapaian ini membuahkan hasil.
“Pada mulanya, lagu ini amat sukar untuk saya nyanyikan kerana ia tidak berada dalam lingkungan saya sehinggalah mereka meyakinkan saya untuk pergi ke kelas vokal untuk meningkatkan lagi kemahiran nyanyian saya. Mereka benar-benar percaya dengan kebolehan saya untuk menayangkan suara saya dalam lagu ini. Saya rasa amat bersyukur,” tambah Kee.
“Orang ramai akan melihat sisi saya sebagai seorang kekasih yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum. Saya amat teruja sekali dengan pelancaran lagu ini. Untuk lagu ini, saya tidak ‘rap’ dan hanya menyanyi. Jadi ini merupakan sesuatu yang baru untuk anda semua dan ia adalah lagu yang sangat manis dan indah,” kata Kee.
“Take Me Back” adalah hasil ciptaan and gubahan Omar K dan Dari, yang terus menawan hati Kee semenjak mereka berkongsi lagu ini dengannya. Bakat dan visi kolektif mereka bergema serta-merta, dan Kee tahu bahawa “Take Me Back” adalah sebuah lagu yang istimewa. Sinergi dalam karya mereka dan kedalaman emosi lagu ini menyuarakan, menjadikannya tambahan serta-merta dan tulus kepada himpunan muziknya.
“Omar K dan Dari memang sangat berbakat. Lagu ‘Take Me Back” ini dengan serta-merta menarik perhatian saya untuk menghayati kedalaman emosinya dan menjadikannya sebahagian daripada perjalanan muzik saya. Sebaik sahaja mereka kongsikan lagu ini, saya serta-merta memutuskan bahawa saya mahu lagu ini,” kata Kee.
“Saya berharap lagu ini benar-benar bergema dengan semua orang dan ia mengingatkan mereka tentang masa-masa indah, kenangan cinta yang sangat manis dan suci,” katanya.
‘Take Me Back’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.
Kredit:
Artis: CloutyKee
Tajuk: Take Me Back
Penerbit & Komposer: Omar K
Lirik: Omar K, Dari
TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan.
Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami di sini.