ACHIK UKAYS MENITIS AIR MATA , RAKAMAN SEMULA LAGU RAYA TAHUN 1995’

Apabila tiba saja musim perayaan, lagu – lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan dimainkan dari yang lama hingga kini .

Inilah peluang yang diambil untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh komposer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini.  ‘’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’ – Jelas Salman Shariff.

Untuk versi yang terbaru di tahun 2022, lagu ini akan digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) yang bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA.

Salman Shariff, Komposer dan penerbit lagu ini sendiri merancang awal untuk rakaman semula lagu raya kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir (UK’S) lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays).

Achik Roslan atau Achik Ukays

Dengan tawaran yang diterima untuk menyanyi semula lagu raya ini, Achik merasakan ini adalah peluang yang sangat bagus untuk beliau menonjolkan diri dan kembali aktif kerana mungkin ada yang fikir beliau tidak lagi aktif dalam industri. Malah Achik juga masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.

Achik mendedahkan dia hampir menitiskan air matanya ketika rakaman suara di Studio The Bengkel Artwork . ‘’Saya hampir menitiskan air mata kerana sebuah lagu yang ada kena mengena dengan saya yang sangat bermakna’’ .

Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k