Adakah anda bersedia untuk musim tengkujuh?

Digi telah mengeluarkan Kit Pengurusan Bencana Banjir yang dikemas kini untuk membantu orang ramai dalam membuat persediaan dan bertindak balas terhadap banjir. Monsun Timur Laut sedang melanda kita, mengancam banjir yang meluas.

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengeluarkan Kit Pengurusan Bencana Banjir yang dikemas kini untuk membantu orang ramai dalam membuat persediaan dan kekal selamat sekiranya berlaku banjir. Kit termasuk langkah-langkah yang perlu diikuti sebelum, semasa dan selepas banjir.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan menyimpan barangan keperluan dalam beg kecemasan sebelum banjir. Ini termasuk bekalan asas seperti makanan, air, pakaian dan ubat-ubatan, serta keperluan elektrik seperti peranti yang dicas penuh, powerbank, lampu suluh dan bateri ganti.

Antara lain, kit pengurusan banjir ini juga memperincikan tip-tip penting untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti serta tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa banjir, seperti memakai kasut yang sesuai, tidak memandu mengharungi banjir, dan menutup semua tingkap atau pintu masuk untuk mengurangkan kerosakan air banjir di rumah.

Membantu dan memperkasa komuniti ketika diperlukan atau dalam kesukaran adalah sebahagian daripada komitmen Yellow Heart Digi. Ia berharap kit pengurusan banjir yang dikemas kini ini dapat membantu dalam persediaan awal dan mitigasi cepat di samping kekal selamat. Kit ini boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://digi.my/yellowheart.

CATEGORIES
Share This