AL-IKHSAN SPORTS ANJURKAN KARNIVAL SUKAN TERBESAR DI MALAYSIA DENGAN TAWARAN DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS

Al-Ikhsan Sports membawakan Karnival Sukan Terbesar Malaysia ke Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, dari 23 Disember 2022, hingga 2 Januari 2023, dari 10 pagi hingga 10 malam. (WTCKL). Acara sukan ini menawarkan semua pengguna peluang untuk menjimatkan sehingga 80% ke atas lebih 180,000 barangan sukan, yang pastinya akan menjadikan sambutan tahun baharu mereka lebih “bersukan” dan selesa.

Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk  semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun ‘Beli 2, Diskaun 20%’ atau ‘Beli 3, Diskaun 30%’ untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari carnival sukan ini berlangsung. Selain itu, 50 orang terawal yang hadir pada hari pelancaran berpeluang menerima baucer tunai RM50 daripada Al-Ikhsan Sports.

“Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports. Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah carnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia. Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di carnival sukan ini. Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%.” Kata Encik Vach Pilutta, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

aL-Sports, Nike, adidas dan PUMA adalah antara jenama-jenama barangan sukan yang terdapat di carnival sukan oleh Al-Ikhsan Sports pada tahun ini, Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Linkedln untuk maklumat lanjut.

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k