AMIR MASDI MEMBAWA MALAM MENGASYIKKAN KEPADA PEMINATNYA DI TOUR ALBUM TERKINI

Kehebatan Amir Masdi semakin menaik apabila dia mengadakan showcase jelajah album di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September yang lepas. Acara ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran 600 peminat dari seluruh negeri, yang hadir dengan harapan besar untuk merasai pengalaman yang unik.

Pentas dilimpahi talenta Amir, 27 tahun, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, yang tidak pernah mengecewakan. Beliau memberikan persembahan ‘A Class’ yang diingati oleh semua peminat, dengan membawakan 21 lagu termasuk lagu-lagu daripada album Amir Masdi, single terdahulu, dan beberapa lagu dari penyanyi popular lain.

Semuanya disampaikan dengan gaya dan ketulusan yang memikat hati penonton. Antara pengalaman yang tidak akan terlupakan, acara ini telah membuahkan kenangan yang berharga.

Bagi mereka yang ingin turut serta dalam konsert yang bakal datang, jangan lepaskan peluang untuk merasai atmosfera yang memukau ini. Datang dan sertai kami dalam konsert yang akan menjadi perbualan selama berbulan-bulan!

“Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka.

“Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat. Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

“Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama. Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

Berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lengkap persembahan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari sesame ke semasa,” katanya.

Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka.

“Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k