ANITA Nation Ride Kibaran Jalur Gemilang Ogos 2022 disempurnakan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdangangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak semasa berkhidmat di Petronas.

Beliau merupakan ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO di tanah jajahan tersebut. Program kembara jalur gemilang ini mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan aktiviti kemasyarakatan kembara jelajah kemanusiaan yang akan bermula pada 18 Ogos dan berakhir pada 25 Ogos 2022 di seluruh Malaysia. Antara lokasi yang bakal dijelajahi ialah Gua Musang, Perak, Pahang, Selangor dan lain-lain.

YBM Tengku Razaleigh akan merasmikan konvoi kibaran jalur gemilang ini dimulai dengan acara pelepasan di kediaman rasminya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur dan konvoi akan berlepas ke Gua Musang bagi acara seterusnya pada 19 Ogos ini.

Acara ini disempurnakan oleh YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim (Ahli Dewan Undangan Negeri Galas), YB Haji Ab Aziz bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri), YB Haji Amran bin Ariffin (Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh). Lokasi: Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan.

Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan di Gua Musang iaitu Aktiviti Sumbangan Warga Asnaf Veteran Angkatan Tentera dengan sumbangan bantuan barangan keperluan. Antara aktiviti lainnya ialah lawatan tempat-tempat menarik dan bersejarah di Gua Musang dan menikmati menu-menu masakan warisan yang terbaik di sana sambil menikmati panorama indah di Gua Neon dan di Gua Musang.

Selain daripada itu, rombongan Anita Nation Ride yang bertemakan kempen ‘Safe Ride Go Green’, turut membawa bantuan kemanusiaan menerokai kawasan menarik dan bersejarah di Gua Musang. Antara tempat yang dilawati ialah Gua Neon dan Gua Musang sambil menikmati bermacam jenis menu makanan di Gua Musang.

Peserta konvoi juga terlibat dalam acara bersama para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seberang Keluarga Malaysia bagi sambutan bulan kebangsaan dengan aktiviti yang memberikan motivasi bersama pelajar di sekolah ini. Acara jelajah akan berakhir pada 25 Ogos di Jazz Ampang 103 di Ampang dirasmikan Dato’ Nik Ahmad Azmi bin Nik Md. Daud dengan aktiviti sambutan bersama pengunjung dan kumpulan motosikal dan persembahan hiburan.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k