ASHIKIN M LANCARKAN BUKU PUISI BERTAJUK ‘KEJORA’
Nurul Ashikin merupakan penulis profilik muda negara yang lebih dikenali di kalangan peminat buku di Malaysia sebagai Ashikin M telah melancarkan bukunya yang kesebelas bertajuk KEJORA. U-Wei Haji Saari, penulis dan pengarah filem negara telah menyumpurnakan majlis tersebut dalam suasana yang penuh indah dan puitis.
KEJORA ini diterbitkan sendiri oleh Ashikin M dan ia merupakan buku puisi pertama darinya di mana keseluruhan kandungan itu ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Puisi tersebut bukanlah puisi biasa malah ia berhubung kait dalam membentuk sebuah ceritera. Tema bintang kejora telah dipilih oleh Ashikin M sebagai premis utama buku tersebut. Buku kejora ini merupakan terbitan pertama Ashikin M. Ia menampilkan 30 buah puisi dengan tema perjalanan mimpi, falsafah, pelayaran dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa. Ashikin M mengambil masa selama tujuh tahun untuk menghasilkan buku KEJORA daripada proses pengilhaman, penulisan penerbitan sehingalah ke peringkat penghasilan beberapa lagu puisi KEJORA dengan bertemakan komposisi AYOP AZRIL, seorang Komposer berbakat yang amat memahami perjalanan cerita yang diketengahkan dalam buku tersebut.
Edisi terbaru daripada Ashikin M dipuji sebagai “berani dan amat tepat pada masanya.” . U-Wei Haji Saari, yang turut menyampaikan puisi daripada buku KEJORA pada hari pelancaran. “Saya sangat gembira dengan inisiatif Ashikin M dalam pembangunan buku KEJORA ini,” kata U-wei. “Lebih-lebih lagi, ini adalah buku puisi pertamanya, dan ia sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.” Saya mengucapkan tahniah kepada Ashikin M di atas pencapaiannya, dan saya yakin masa depannya dalam dunia sastera adalah cerah. “Komuniti penulis di negara ini sangat gembira dengan pencapaiannya.”
Acara dihiasi dengan dendangan lagu puisi yang dipetik dari buku KEJORA iaitu Sementara Kata-kata Terakhirmu Hilang, Senja Merah di Pergelangan Tanganmu dan Kisah Cahaya di Persada Antarsika. Turut sama di majlis pelancaran tersebut adalah Amy Search yang menghiburkan tetamu dengan persembahan lagu Isabella, Rozana dan tentunya Kejora dari album pertama kumpulan Search, Cinta Buatan Malaysia (1985). Lagu-lagu ini dipilih khas sebagai merujuk kepada karakter utama dan tema sanjungan terhadap keindahan dan kekaguman terhadap wanita yang dibawa oleh KEJORA. Sebagai memberi sokongan kepada Ashikin M, beberapa penulis terkemuka negara seperti Dina Zaman, Khairul Anuar dan Shaz Johar juga hadir dan rata-rata memberikan reaksi positif terhadap buku KEJORA. Gabungan elemen sastera, penceritaan, muzikal dan pop culture yang ditampilkan oleh Ashikin M di majlis pelancaran tersebut turut mendapat pujian.
KEJORA diedarkan oleh Terbitan Langit dan boleh didapati di laman Instagram @terbitanlangit @puisikejora dan @ashmhydn dengan harga RM25 (tidak termasuk caj penghantaran). Untuk maklumat lanjut tentang Ashikin M, anda boleh layari laman sesawang www.ashikinm.com
Majlis pelancaran KEJORA dikuasakan oleh JCPR dan DW Events; serta turut disokong oleh Staedtler Malaysia, Common Ground, Blvck Coffee, Burrow KL, Salixium dan Cultkids.