AstraZeneca mengukuhkan usaha untuk meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan melalui platform inovatif, mySihatPal

Orang ramai kini boleh mengakses perkhidmatan kesihatan melalui tapak kesihatan digital baharu yang dipanggil ‘mySihatPal’ yang dicipta oleh sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal seluruh dunia.

Persatuan perubatan yang bekerjasama dalam menjayakan portal ini adalah Asthma Malaysia (AM), Bayi Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM), Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Pesatuan Perubatan Malaysia (MMA).

‘mySihatPal’ adalah portal kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan daripada maklumat penyakit, kandungan kesihatan, sambungan kepada penyedia kesihatan bersekutu, hospital swasta, klinik penjagaan primer, klinik kerajaan hingga kepada perundingan maya dengan professional penjagaan kesihatan dan ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan pakar. Ini memastikan setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan tertinggi mereka.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemajuan dalam penjagaan kesihatan, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang antara pesakit dan professional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan. Salah Satu halangan terbesar kepada kebolehcapaian penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi fizikal, menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk menghubungkan orang ramai kepada professional penjagaan kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Portal mySihatPal dapat memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk untuk orang ramai menjangkau pelbagai komuniti yang merangkumi profesional perubatan, masyarakat dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan. Selain itu, platform ini menyepadukan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.

Tidak dinafikan lagi kepentingan digital dalam perkhidmatan kesihatan. Portal ini juga membantu meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan, di mana masih terdapat jurang semasa pengesanan awal penyakit pada masa ini, ditambah pula dengan jarak lokasi di antara pesakit dan fasiliti kesihatan. Seiring dengan kemajuan yang semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ini perlu diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai denga petugas kesihatan supaya mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya.

Bercakap mengenai kerjasama ini, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia berkata, “Di AstraZeneca, matlamat kami adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi tekonologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia. Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat. Justeru itu, ianya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.” Di seluruh dunia, pendigitalan dalam penjagaan kesihatan dengan pantas mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan, mewujudkan anjakan paradigma baharu dalam perjalanan pesakit dan akhirnya, meningkatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”

Melalui portal mySihatPal, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada orang ramai di mana penyampaian maklumat berkaitan penyakit adalah dalam konteks yang mudah difahami dan mudah dipauti. Pesakit juga berpeluang menjalankan penilaian kendiri mengenai status kesihatan mereka sebelum berhubung dengan petugas kesihatan melalui direktori dalam talian untuk menerima rawaran susulan dan sesi konsultasi.

Daya tarikan penting mySihatPal adalah ia meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pesakit, memberikan mereka maklumat berkaitan penyakit yang dipermudahkan. Melalui portal ini, orang ramai kini boleh menikmati autonomi yang lebih besar atas kebimbangan kesihatan mereka sendiri kerana antara muka pengguna direka untuk menyampaikan maklumat yang bokeh difahami dan mudah dinavigasi.

Sama pentingnya, orang ramai juga boleh menjalankan diagnosis kendiri awal mengenai keadaan mereka menggunakan alat penilaian kendiri, sebelum berhubung dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkaitan melalui direktori dalam talian untuk menerima pendekatan rawatan yang betul.

Menyentuh tentang kolaborasi ini, Dr. Haji Helmy Haja Mydin iaitu Pengasas Bersama  Asthma Malaysia dan selaku wakil persatuan-persatuan berkata, “Asthma Malaysia menyokong pembangunan portal kesihatan digital yang komprehensif kerana ianya dapat menyediakan saluran yang boleh dipercayai oleh orang ramai untuk mendapat akses kepada maklumat penjgaan kesihatan dan berhubung terus dengan panel pakar penjagaan kesihatan. Lebih penting lagi, dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi, ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejala dan rawatan. Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal mySihatPal akan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang aspek kesihatan.”

Selain dari mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam portal mySihatPal juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.

Portal kesihatan digital ini memberi banyak manfaat untuk orang ramai, dalam masa yang sama AstraZeneca ingin terus meluaskan kumpulan rakan kongsi kesihatan sedia ada di mySihatPal dengan menjemput rakan kongsi lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyertai gabungan itu dan membantu memajukan penjagaan kesihatan yang saksama di negara ini, dan dapat mengurangkan jurang dalam akses kepada penjagaan kesihatan.

mySihatPal kini boleh dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/

 

 

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k