BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur: Nostalgia, Muzik & Jiwa Seni

BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur: Nostalgia, Muzik & Jiwa Seni

Sejak mengorak langkah dalam industri hiburan, Iqbaal Ramadhan sudah dikenali ramai sebagai seorang pelakon yang berbakat besar. Namun, ramai yang mungkin lupa bahawa dirinya juga seorang pemuzik yang telah lama berkarya. Kini, dengan projek solonya BAALE, Iqbaal kembali ke pentas sebagai artis yang membawa muzik penuh emosi dan kejujuran.

Pada 15 Jun 2025, peminat di Malaysia akhirnya berpeluang menyaksikan sendiri persembahan BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur, yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini akan menjadi satu malam yang dipenuhi dengan muzik, kenangan, dan momen indah yang pasti diingati oleh peminatnya.

Album FORTUNA, yang dikeluarkan pada Mei 2024, menjadi bukti keikhlasan dan kreativiti Iqbaal dalam berkarya. Dengan 11 lagu yang merangkumi tema seperti kesepian, harapan, dan impian, album ini mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan peminat muzik alternatif dan BritPop.

Konsert ini dibawakan khas oleh Miebird Projects, yang ingin memastikan peminat dapat menikmati pengalaman muzik yang sebenar. Menurut Idreez J, wakil Miebird Projects, mereka sangat teruja membawa BAALE ke Malaysia kerana percaya bahawa muziknya mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan peminat.

Iqbaal sendiri meluahkan rasa syukur dan teruja untuk akhirnya dapat berjumpa dengan peminatnya di Malaysia. Baginya, BAALE adalah ruang untuknya berkongsi sisi dirinya yang paling jujur dan penuh makna. Dia berharap agar peminat dapat menikmati setiap bait lirik dan melodi yang dicipta dengan penuh perasaan.

Bagi mereka yang ingin menyertai malam istimewa ini, tiket boleh didapati melalui www.ilassotickets.com dengan pelbagai pilihan kategori. Antara kategori yang ditawarkan ialah RM198 – RM218 (FORTUNA – Zon Hadapan, Berdiri), RM218 (MUSIM – Duduk Bernombor), RM268 (MALAM MINGGU – Duduk Bernombor), dan RM398 (VIP Box – 10 pax per box).

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert yang akan mencipta memori indah ini. Bersedia untuk merasakan getaran muzik, kehangatan emosi, dan aura BAALE pada malam yang penuh keajaiban ini.

Semoga FORTUNA menyebelahi anda dan BAALE pada malam tersebut, dan bersama-sama kita raikan muzik yang menyentuh jiwa di Zepp Kuala Lumpur, 15 Jun 2025!

 

CATEGORIES
TAGS
Share This