“BANGKITKAN AKU KEMBALI” TERBITAN PRODUKSI SIMFONI NUSA SDN BHD

Simfoni Nusa Sdn Bhd bakal menerbitkan sebuah Supertelefilem “Bangkitkan Aku Kembali” adaptasi novel karya Sophilea. Supertelefilem ini dilancarkan oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM).

Sophilea merupakan pemenang Anugerah Buku Negara 2018 Kategori Seram. Sophilea menyahut saranan KKOMM dalam mempergiatkan lebih banyak karya ‘Book To Screen’ yang berkualiti.

Para Pelakon Supertelefilem “Bangkitkan Aku Kembali” semasa majlis sidang media pelancaran

Penceritaan Supertelefilem ini membawa penonton isi rumah ke zaman Millenial dan Kolonial serta dua budaya iaitu Melayu Lama dan Nusantara. Pelbagai watak berat serta lakon layar menarik yang memaparkan dendam keluarga sehingga 100 tahun dan melangkau 3 keturunan. Turut disajikan untuk tontonan penonton tipu daya iblis bagi menyesatkan manusia.

Bermula 100 tahun yang lalu seorang lelaki bernama Musa membawa lari Suri kerana enggan berkahwin dengan anak Residen Inggeris. Musa sudah lama sukakan Suri. Namun begitu, Suri jatuh cinta dan berkahwin dengan Hendra selepas tiba di Bukit Tinggi. Musa meminta bantuan Mbah Timah untuk membunuh Suri dan Hendra.

Pembunuhan tersebut disaksikan oleh anak Suri dan Hendra iaitu Ryanto. Mbah Timah meletakkan syarat, darah Suri hendaklah ditadah dan dibawa kepadanya untuk diberikan kepada Iblis yang membantu Musa sebagai makanannya.

Sejak percutian Zakuan sekeluarga ke Bukit Tinggi, satu per satu misteri terungkai. Satu titis darah Haida bersatu dengan kalung kepunyaan Suri dan sejak daripada itu mereka sering di ganggu. Bayu waris keturunan Suri tidak pernah berhenti membalas dendam sehingga Mahani si anak kecil waris Musa menjadi galang gantinya.

Tanpa kepala Suri dan jasad Mahani, dendam dua keluarga ini tidak akan terhapus dan mereka akan terus diganggu.

Supertelefilem ini dijangka akan ditayangkan di stesen Astro First dalam tahun ini.

CATEGORIES
Share This