BANK ISLAM RAI DUA PEMENANG UTAMA KEMPEN ‘NAK CUTI LE TUU…’

Encik Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, dan Puan Romina Talib, Pengarah Bank Islam eChannels bersama dua pemenang kereta Proton X50

Bank Islam Malaysia Berhad baru-baru ini menghadiahkan dua buah kereta Proton X50 kepada pemenang bertuah Kempen ‘Nak Cuti Le Tuu…’. Dianjurkan dari 8 Januari hingga 7 April 2022, kempen ini bertujuan untuk mempromosikan budaya tanpa tunai dalam kalangan pelanggan Bank Islam dengan menggunakan aplikasi GO by BankIslam dan platform Perbankan Internet Bank Islam.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk DuitNow, JomPAY dan FPX. Pelanggan juga boleh menyelesaikan transaksi Tabung Haji mereka dengan mudah melalui kedua-dua saluran digital Bank Islam.

Encik Muhammad Shahrul Hafiz bersama kereta Proton X50

Puan Rozanna Purwanti Abdul Wahab merupakan salah seorang pemenang Hadiah Utama kempen ‘Nak Cuti Le Tuu…’. Baginya, perbankan dalam talian sentiasa menjadi pilihan dalam menyelesaikan transaksi perbankannya kerana ia lebih pantas dan mudah diakses.

Encik Muhammad Shahrul Hafiz berkata, “Saya sering menggunakan aplikasi GO by Bank Islam untuk melakukan transaksi”.

Puan Rozanna Purwanti Abdul Wahab pemenang kereta Proton X50

Encik Mohammed Iran Moriff Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, dan Puan Romina Talib, Pengarah Bank Islam eChannels, menyampaikan hadiah pada majlis yang diadakan pada 20 Jun 2022 di Pusat Pameran Proton Subang Jaya di Subang Jaya, Selangor.

CATEGORIES
Share This