BANK RAKYAT MENGANUGERAHKAN PEMENANG KEMPEN DENGAN HADIAH KESELURUHAN MELEBIHI RM1.3 JUTA

BANK RAKYAT MENGANUGERAHKAN PEMENANG KEMPEN DENGAN HADIAH KESELURUHAN MELEBIHI RM1.3 JUTA

Bank Rakyat hari ini meraikan 17 pemenang utama daripada empat kempen yang dianjurkan sejak akhir tahun 2023 hingga Jun 2024. Kempen-kempen tersebut, termasuk ‘Tulus Ikhlas’, ‘Penuhi Impian’, ‘Cabutan Setengah Tahun Akaun Pelaburan-i Rizq Plus’, dan ‘Emas 2 Kilo’, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta kepada 415 pelanggan Bank Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Bank untuk menghargai kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan hubungan dengan mereka.

Kempen ‘Tulus Ikhlas’, yang berlangsung dari 12 Mac hingga 31 Mei 2024, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM400,000, termasuk Proton X90, Proton X70, dan Proton X50.

Kempen ‘Penuhi Impian’, yang berlangsung dari 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, merealisasikan impian 10 pelanggan dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM177,000. Impian yang dipenuhi termasuklah pengubahsuaian kediaman, pakej perkahwinan, dan penambahbaikan ruang perniagaan.

Cabutan Setengah Tahun Akaun Pelaburan-i Rizq Plus mengumumkan pemenang hadiah utama bernilai RM100,000, menjadikan jumlah pemenang sejak pelancaran produk pada Julai 2022 seramai 2,961 orang.

Kempen ‘Emas 2 Kilo’, yang berlangsung dari Oktober 2023 hingga Februari 2024, menawarkan hadiah keseluruhan berupa dua kilogram emas bernilai RM637,000 kepada lebih 270 pemenang.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, menegaskan komitmen Bank untuk terus menyediakan perkhidmatan perbankan yang cemerlang dan penyelesaian kewangan inovatif menjelang ulang tahunnya yang ke-70 pada 28 September 2024.

Pelanggan boleh merujuk laman sesawang rasmi Bank Rakyat menerusi www.bankrakyat.com.my untuk senarai penuh pemenang.

CATEGORIES
TAGS
Share This