Barisan Artis Ternama Bersatu di ASMARA LOKA 2024!

Barisan Artis Ternama Bersatu di ASMARA LOKA 2024!

Fuse Creative Digital Media kini dalam persiapan untuk menganjurkan acara muzik yang dinanti-nantikan, ASMARA LOKA, pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak. Acara ini menawarkan pengalaman muzik yang eksklusif dan intim bagi peminat seni muzik tempatan.

Selepas kejayaan penganjuran acara Kotak Muzik Kita di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lalu, serta jelajah Pentas Healing bersama komuniti Gamon Society di beberapa negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Melaka, ASMARA LOKA dijangka menjadi kemuncak acara muzik tahun ini.

Dengan konsep persembahan muzik indoor yang menawarkan suasana intim dan eksklusif, ASMARA LOKA bakal menampilkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, dan AIZAT AMDAN. Penganjur berharap untuk menjadikan ASMARA LOKA sebagai acara utama yang menyatukan peminat muzik di seluruh Malaysia, terutama mereka yang terlibat dengan trend “Galau” dan “Healing” yang popular di platform media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram. Acara ini dijangka menarik minat golongan muda yang ingin merasai muzik dalam suasana yang lebih akrab dan dekat dengan hati.

ASMARA LOKA juga seiring dengan kempen pelancongan Tourism Perak 2024, yang bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar Ipoh yang diiktiraf UNESCO sebagai Creative City of Music. Fuse Creative Digital Media berharap melalui acara ini, lebih ramai belia dari seluruh Malaysia akan tertarik untuk melawat Perak, sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan dan ekonomi tempatan. Acara ini bukan hanya mempromosikan muzik, tetapi juga memperkenalkan keindahan budaya dan warisan Ipoh sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Pengarah Projek ASMARA LOKA, Syahril Husny atau lebih dikenali sebagai Aril, menyatakan pentingnya acara ini bagi industri muzik dan komuniti tempatan. Beliau menyatakan, “ASMARA LOKA lebih dari sekadar platform untuk mempamerkan bakat tempatan. Ia adalah titik pertemuan bagi peminat muzik yang menghargai trend semasa, dan kami yakin acara ini akan menjadi satu tanda penting dalam kalendar muzik Malaysia. Ia juga bakal membawa manfaat kepada industri pelancongan dan ekonomi setempat.”

Tiket untuk ASMARA LOKA telah mula dijual sejak 6 Ogos 2024 melalui laman web www.ticket2u.com.my, dengan dua kategori utama iaitu RM98 untuk ZONA PATAH HATI dan RM128 untuk ZONA MATI RASA. Dalam tempoh singkat, 60% tiket telah pun terjual, membuktikan sambutan yang luar biasa dari peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan acara ini.

Menjawab permintaan tinggi daripada komuniti, penganjur turut memperkenalkan tiket combo untuk ZONA PATAH HATI, termasuk “Tiket Duo” berharga RM226 untuk dua orang dan “Tiket Kumpulan” berharga RM432 untuk empat orang. Tiket combo ini akan mula dijual pada 11 Oktober 2024, memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menikmati pengalaman muzik yang luar biasa bersama rakan-rakan mereka.

Dengan tawaran yang menarik serta janji pengalaman muzik yang tidak akan dilupakan, ASMARA LOKA dijangka menjadi acara yang meriah dan penuh kenangan buat semua yang hadir. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai ASMARA LOKA, acara yang bakal menyajikan muzik yang mendalam dalam suasana intim dan penuh keakraban. Marilah kita bersama-sama menyambut keindahan muzik dalam acara yang pastinya akan menjadi sorotan dalam kalendar hiburan Malaysia!

BUTIRAN ACARA

Tarikh           : 9 November 2024

Masa              : 8.00pm – 11.00pm

Tempat         : Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak

Artist             : 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, AIZAT AMDAN

 

Harga Tiket Festival            : Zona Patah Hati – RM98.00

                                               : Zona Mati Rasa – RM128.00

Laman Web Tiket Rasmi    : www.ticket2u.com.my

Penganjur                              : FUSE CREATIVE DIGITAL MEDIA

Rakan Penggurusan            : ATAS ANGIN

Disokong Oleh                      : PERAK TOURISM 

Rakan Komuniti                   : MESCO

Rakan Hotel Rasmi              : HOTEL CASUARINA

Rakan Radio Rasmi             : HOTFM

Rakan Media Digital           : ASTRO GEMPAK

Rakan Strategik                    : ANTS & BEES DAN QUENNAL

CATEGORIES
TAGS
Share This