Barisan Nasional Umum Calon Berprestij Untuk PRU-15

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, menyatakan beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Datuk, manakala timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan bertanding di Parlimen Rembau.

Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, beberapa calon lain telah digugurkan daripada bertanding di kawasan parlimen masing-masing. Antaranya adalah Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman (Pasir Salak), Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Ismail Abdul Mutallib (Maran), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol).

LS

CATEGORIES
TAGS
Share This