BERJAYAKAH ZAMANI MENGENAL PASTI PENYANYI SEBENAR DI MINGGU 6?

Episod I Can See Your Voice 5 Malaysia membawakan artis legend yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air iaitu Zamani. Penyanyi pop rock popular Malaysia ini turut mempersembahkan lagu-lagu hits beliau yang sehingga kini masih menjadi pujaan ramai.

Turut bersama mencari penyanyi sebenar panel-panel jemputan, Ropie, Hazama dan Black serta panel tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee. Pastinya tidak sukar untuk Hazama dan Black menilai dan mencari penyanyi sebenar kerana mereka berpengalaman dalam bidang nyanyian. Namun, adakah kelebihan itu dapat membantu mereka dalam I Can See Your Voice Malaysia?

Menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan lagi perbualan di laman media sosial.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 minggu ini. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce ada setiap hari ahad jam 9 malam di TV3 dan strim langsung di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @TVMalaysia.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k