BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN

Album kompilasi terbaru bertajuk “Bintang Jalanan Kolaborasi Album Pemuzik Jalanan” telah dilancarkan dengan penuh gaya, menampilkan lima bintang pemuzik jalanan yang sudah mencipta nama dalam industri muzik tempatan. Mereka ialah Ammal (Naib Juara AF 2016), Amir (bintang Mentor), Islah (All Together Now), Yone (busker terbaik dari Pulau Pinang) dan Nan Blues (seorang legenda dalam dunia Buskers Malaysia).

Album ini terinspirasi oleh ilham penerbit Amad selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terpacu oleh keterbatasan tersebut, Amad mengusulkan proyek ini kepada rekan-rekan musisi jalanan. Hasilnya adalah sebuah kolaborasi yang menggabungkan melodi-melodi indah dengan semangat pantang menyerah para buskers.

Penghasilan album ini melibatkan kerjasama rapat dengan penyanyi dan pemuzik ulung, Oja, yang memainkan peranan penting dalam mengatur muzik yang memukau. Dari awal rakaman hingga proses penyelarasan terakhir, setiap langkah dijalankan dengan penuh profesionalisme untuk memastikan kualiti yang tiada bandingannya. Album ini tidak hanya menampilkan melodi yang menyentuh jiwa, tetapi juga mencerminkan dedikasi dan kecekapan Oja dalam dunia muzik.

Pelancaran album ini telah berlangsung pada 14 Julai 2024 dalam Program Santai Seni@TAR, yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut mengundang kehadiran Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez.

Anjuran DBKL khusus bagi mengadakan program istimewa bagi seniman jalanan, rutin diadakan setiap minggu ke-2 dan ke-4 di bulan, sepanjang jalan Esfahan hingga jalan Melayu. Menyajikan hiburan secara percuma, mulai dari musik live, pertujukan seni lukis, penampilan maskot, tarian, serta permainan tradisional.

Dengan dana yang diperoleh di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, album ini menampilkan 10 karya baru yang menggabungkan beragam genre, mulai dari folk, blues, hingga reggae.

Album “BINTANG JALANAN – KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN” merupakan bukti nyata bahwa bakat dan semangat dapat bersatu untuk menghasilkan karya muzik yang luar biasa.

Senarai lagu:

1. Dengar Dan Lihat – Nan Blues (Lagu / Lirik: Nan Blues)

2. Superhero – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

3. Keroncong Biru Untuk Rose – Islah (Lagu : Amad & Oja / Lirik: Amad)

4. Alam Sekitar – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

5. A Shadow Play – Amir (Lagu: Amad, Amal, Amir Lirik: Amad)

6. Blues Buskers Blues – Nan Blues (Lagu / Lirik : Nan Blues)

7. Jiwa Kacau – Yone (Lagu / Lirik : Yone)

8. Biar Saja Aku di Sini – Islah (Lagu : Islah, shamel Lirik: Amad, Islah)

9. Ingin – Ammal (Lagu / Lirik : Amal)

10. Lagu Baharu – Amir (Lagu & Lirik : Amad)

Bonus Track: Semalam di Kuala Lumpur – The Columphor (Lagu & Lirik : Amad)

 

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This