‘BUKTI CINTA’ MENONJOLKAN VOKAL SEBENAR WANIE OOI

Wanie Ooi atau nama sebenarnya Norwani Binti Abdul Latif Ooi kini muncul dengan single pertamanya berjudul BUKTI Cinta. Lagu ini adalah hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh.

Lagu ini berkisahkan tentang perasaan setia dan cinta yang tidak berbelah bahagi antara dua pasang kekasih. BUKTI Cinta juga telah menjadi runut bunyi (OST) kepada drama ‘Tarik Aku Ke Syurga’, drama baru di slot Samarinda yang menampilkan Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati, Keith Foo, Izzendra, Ayra Messi, Esma Daniel, Idzham Ismail, Afzan A.Rahman dan Hafreez Adam. Drama ini akan disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai 23 Jun 2022 ini.

“Lagu Bukti Cinta ini sememangnya sukar untuk dibawa dan mencabar vocal Wanie. Demi peminat dan minat saya dalam nyanyian, Wanie cuba berikan yang terbaik dan menjiwai setiap bait-bait lirik di dalam lagu ini.” Kata Wanie Ooi.

Pernah menyertai beberapa pertandingan dan menyertai rancangan realiti TV. Bakatnya semakin terserlah apabila Wanie memasuki program realiti ‘Lagu Cinta Kita’ musim ke-3 bersama pasangannya Hariz Fayahet.

Merupakan salah seorang Tiktok Creators popular dan memiliki pengikut lebih 500 ribu. Wanie Ooi banyak menghabiskan masa dengan memuat naik video di TIk Tok untuk mengekalkan popularitinya.

Wanie berharap agar pendengar dapat menerima dan terus memberikan sokongan kepada Wanie.

Single Bukti Cinta nyanyian Wanie Ooi, edaran Alternate Records kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 17 Jun 2022.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k