Calum Scott x Diana Danielle “Heaven”

Sebuah projek khas bakal dilancarkan pada 9 Jun 2022. Gandingan penyanyi dan pencipta lagu, Calum Scott bersama penyanyi dan pelakon Diana Danielle menerusi lagu ‘Heaven’.

Penciptaan lagu ‘Heaven’ ini turut membabitkan beberapa bintang Asia Tenggara seperti Darren Espanto dari Filipina, Diana Danielle dari Malaysia, Hoang Duyen dari Vietnam dan Lyodra dari Indonesia.

Empat lagu hasil kerjasama ini mengungkapkan perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi.

“Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi “Heaven” kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.” Luah penyanyi kelahiran United Kingdom itu.

Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi. “Sebagai pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti ‘aku rindu pada mu’ atau ‘aku cinta pada mu’ kata Calum, yang menulis “Heaven” bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly).

Konsep ‘Heaven’ adalah percintaan agung antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris, “What good is life if we’re all just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita hanya menanti untuk menari di langit), yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan menyerahkan segalanya pada cinta.

Setiap versi lagu ini akan dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8pm.

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k