Dokumentari Khas ‘Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’ Memenangi Anugerah Gangsa untuk Program Faktual Terbaik Dihasilkan di Asia bagi Kategori Pasaran Tunggal Asia dengan kerjasama TNB.

Program dokumentari khas Majalah 3 mencipta sejarah pada 2023 apabila menerima pingat gangsa dalam Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia pada Content Asia Awards 2023 yang dihoskan di Hotel Athenee di Bangkok. Ini menjadikan 2023 tahun yang baik untuk TV3. Kejayaan ini dijayakan menerusi program khas berjudul “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” yang dihasilkan bersama TV3 dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TV3 merasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada TNB dalam menjayakan dokumentari khas ini. Penerbitan yang memakan masa hampir 3 bulan ini telah pun disiarkan pada 13 Mac yang lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan sehingga mencecah 2 juta penonton. Kerjasama yang terjalin ini, jelas membuahkan hasil yang sangat memuaskan apabila ia diiktirafkan di peringkat antarabangsa. Semoga kerjasama yang terjalin bersama TNB akan berkekalan dan pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada penonton setia TV3.

Dokumentari khas ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekutif; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat. Kejayaan  program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faeza Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Stela Chong; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.

Kepada mereka yang ingin menonton edisi khas Majalah 3  “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

CATEGORIES
TAGS
Share This