Drama Bersiri Samarinda: Rindu Kasih

Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya adalah harta terhebat yang ada. Salina yang masih kanak-kanak harus ditanggung dan dibesarkan oleh Khalid seorang diri, tanpa kasih sayang seorang ibu. Tonton drama terbaru Rindu Kasih, yang ditayangkan di Samarinda TV3 pada 16 November dan telah pun ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam, dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Drama 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip bersama daripada K. Adlie dan Shaza Talib. Drama ini menggandingkan barisan pelakon terkenal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Amyza Aznan, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Rindu Kasih menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

CATEGORIES
Share This