Notice: Function WP_Scripts::localize was called incorrectly. The $l10n parameter must be an array. To pass arbitrary data to scripts, use the wp_add_inline_script() function instead. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 5.7.0.) in /home/beritahari/domains/beritaharian.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6078

DUA MINGGU DI TANGGA KEDUA, AYDA JEBAT DAN FYNA JEBAT NEKAD TERUS BERIKAN PERSEMBAHAN YANG TERBAIK

Ayda Jebat dan Fyna Jebat, gandingan adik-beradik, tidak dapat mengabaikan hasrat untuk menjuarai pentas Family Duo selepas menduduki tempat kedua selama dua minggu berturut-turut. Ketika mendakwa pasangan The Jebats adalah pasangan yang saling melengkapi, Mummy yang juga dikenali dengan nama panggung Mas Idayu membuat kenyataan positif. Di mana lagi kurangnya mereka jika bijak, tekun dan berdaya cipta dalam menyusun persembahan yang menyaingi pentas Juara Lagu?

Musim baharu Famili Duo menyaksikan idea-idea kreatif dan di luar kotak oleh 7 pasangan duo yang berentap setiap minggu. Pasangan Ayda dan Fyna Jebat membuka persembahan berpakaian serba putih dan memberi kejutan istimewa buat peminat dengan kemunculan Dato’ Jalaluddin Hassan, memainkan watak sebagai ayah mereka dalam gimik persembahan. Apabila ditemubual selepas persembahan lagu ‘I Don’t Want To Miss A Thing’ oleh kumpulan asal Aerosmith, Ayda Jebat mengakui mereka adik-beradik memang nekad untuk membawa pulang hadiah juara mingguan, namun belum rezeki mereka lagi.

“Memang tak dinafikan kadang kala saya dan Fyna selalu fikir nak menang untuk minggu ini. Walaupun telah berikan persembahan dan konsep yang sebaik mungkin setiap minggu, mungkin belum tiba rezeki kami untuk dinobat juara mingguan. Itu yang memberi kami dorongan untuk berfikir dengan lebih kreatif. Secara jujurnya, apabila mendapat kedudukan kedua ini setelah kami berdua cuba sedaya upaya, cabaran itu juga menjadi dorongan atau motivasi kepada saya dan Fyna. Kami sentiasa memikirkan apa yang perlu ditambah baik untuk minggu seterusnya dan memastikan persembahan akan datang akan dilaksanakan dengan lebih teliti dan kualiti persembahan yang terbaik kepada peminat. Kami akan terus berfikiran positif dengan komen-komen yang diberikan juri dan akan mengejar gelaran juara keseluruhan untuk Famili Duo musim ini,” komen Ayda Jebat.

Minggu kedua Famili Duo ini telah menyaksikan kemenangan buat pasangan sepupu Ara Johari dan Shaffiq Erwin dengan tema band dan lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian asal kumpulan Dewa 19 yang menyuntik inspirasi gaya tentera. Kedua-dua juri iaitu Mas Idayu dan Ajai berpuas hati dengan music arrangement dan persembahan secara keseluruhan mereka. Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di episod kedua #FamiliDuoTV3.

  1. Ara Johari & Shaffiq Erwin – Sedang Ingin Bercinta (69%)
  2. Ayda Jebat & Fyna Jebat – I Don’t Want To Miss A Thing (68.4%)
  3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Drama (66.5%)
  4. Sabhi Saddi & Fareedpf K-Clique – Marabahaya (64.8%)
  5. Naim Daniel & Sissy Imann – Hang Pi Mana (52.7%)
  6. Bella Astillah & Wani Kayrie – Aku, Dia & Kamu (38.4%)
  7. Siti Saida & Siti Sairah – Kejoraku Bersatu (38.2%)

Persaingan di pentas Famili Duo sememangnya semakin sengit apabila pasangan keluarga merebut gelaran juara mingguan serta kedudukan di carta mingguan. Dapatkah 7 pasangan duo ini memberikan sisi yang lebih menarik pada minggu hadapan dengan bertemakan ‘Retro 70-an dan 60-an’? Berikut adalah carta markah terkumpul selepas episod 2 pada 25 Disember 2022.

  1. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 128.1
  2. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 111.6
  3. Sissy Imann & Naim Daniel – 110.7
  4. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – 110.2
  5. Bella Astillah & Wani Kayrie – 100.8
  6. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 99
  7. Siti Saida & Siti Sairah – 73.6

Teruskan menanti persembahan-persembahan mantap dan di luar kotak ini di pentas Famili Duo, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k