EMPAT SEKAWAN MENGEJAR IMPIAN DI DALAM TONTON ORIGINAL: IRAMA KITA

Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia, sentiasa menyediakan kandungan tempatan yang terbaik dan acara LANGSUNG unik dalam definisi tinggi (HD) tanpa had.

Terbaharu di Tonton, strim Tonton Original Irama Kita yang menampilkan barisan pelakon popular seperti Aiman Tino, Fara Nadiah, Kahoe Hon, Ahmad Adly, Arena Wan, Jaafar Onn, Bell Ngasri, Angeline Tan, dan Didie Alias bermula dari 22 Februari 2023. Tonton Original Irama Kita merupakan kolaborasi dengan F&N seiring dengan pelancaran pembungkusan baharu F&N Fun Flavors, dengan memfokuskan empat minuman ringan berkarbonat berperisa kegemaran orang ramai iaitu Strawberi, Ais Krim Soda, Sarsi dan Oren. Direka bentuk untuk menarik minat golongan remaja, minuman ringan berkarbonat popular F&N kini GEMPAK-kan pasaran dengan pembungkusan kitar semula yang bergaya dan menarik.

Tonton Original Irama Kita yang mengangkat tema muzik merupakan terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Filem eksklusif Tonton ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan penghasilan skrip oleh Rozie Rashid. Ia mengisahkan tentang Izi (Fara Nadiah), Kef (Aiman Tino), Syafiq (Ahmad Adly) dan Alvin (Kahoe Hon), empat sekawan yang sangat sukakan muzik sehingga terhasilnya band muzik tersendiri yang diberi nama The Dreamers. Persembahan The Dreamers di majlis graduasi sekolah mereka disambut meriah oleh rakan-rakan sekolah.

Setelah mereka menamatkan sekolah, mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing. Namun begitu, mereka masih berkumpul untuk berlatih muzik. Percanggahan restu keluarga menjadi suatu perkara yang sukar ditempuh apabila mereka masih ingin meneruskan minat mereka dalam muzik.

Walaupun cita-cita mereka belum tentu kesampaian, mereka berani bermimpi untuk mencuba nasib  di ujibakat ‘The Academy’. Pengalaman itu cukup mematangkan dan membuktikan betapa cintanya mereka pada muzik. Berjayakah mereka meraih penghormatan keluarga untuk meneruskan minat dalam bidang muzik? Dapatkah The Dreamers terus hidup?

Tonton Original Irama Kita juga dihidupkan lagi dengan tema lagu dengan tajuk yang sama nyanyian Aiman Tino. Lagu yang dibawakan oleh Aiman Tino yang juga memainkan watak Kef ini merupakan kolaborasi antara Alternate Records Sdn Bhd dan Aries Music Production, dan hasil gubahan dan lirik oleh Rudy Nastia, Hafiz Karim, Jebat Asmara dan Farez Asmadi.

Jangan terlepas untuk strim filem terbaharu, Tonton Original Irama Kita di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula dari  22 Februari 2023.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k