ERIZA MENCIPTA TELAGA EMOSI MELALUI LAGU ‘DEMI KASIH’

Vokalis berbakat yang berusia 21 tahun Eriza, atau nama sebenarnya Ismar Eriza Allya, mengambil peluang dalam kerjaya nyanyiannya apabila dia mengeluarkan lagu pertamanya, “Demi Kasih.” Eriza, yang baru membuat kemunculan muziknya dengan single “Demi Kasih,” mendedahkan bahawa minat mendalamnya terhadap genre balada mendorongnya memilih lagu itu untuk penampilan sulungnya.

“Saya memilih lagu ini sebagai debut pertama kerana saya sangat sukakan muzik balada dan mahu mencubanya. Lagu-lagu balada mempunyai daya ungkapan emosi mendalam yang membuatkan saya tertarik dengannya” kata Eriza.

Eriza turut menyatakan bahawa lagu ‘Demi Kasih’ hasil komposer dan penulis lirik, Dato Ayu Omel, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan lagu ini.

“Ketika mendengar demo lagu tersebut, hati saya terus tertarik pada lirik dan melodinya. Saya sukabagaimana penulis lirik menggambarkan jiwa seorang wanita yang melalui detik sukar dalam hidupnya apabila terpaksa melepaskan seorang lelaki yang banyak berkorban untuknya.

“Lagu ini agak mencabar bagi saya pada permulaannya, tetapi hasil dari bimbingan semua pihak di label D’Ayu Music memberikan keyakinan bahawa lagu ini akan berjaya menawan hati pendengar terutama mereka yang mengalami situasi yang sama seperti mesej di dalam lagu ini.”

Dato Ayu Omel, sebagai komposer dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik, dan melalui penyampaian penuh emosi Eriza, lagu ‘Demi Kasih’ dijangka akan menjadi pilihan hati ramai pendengar.

“Eriza kini berada di landasan yang tepat untuk meraih kejayaan dalam dunia muzik, dan kita semua berharap untuk menyaksikan perjalanan kerjayanya yang semakin cemerlang.

“Demi Kasih’ adalah lagu yang pasti akan membawa kita dalam pengembaraan melalui emosi yang sejati” kata Dato Ayu Omel.

Walaupun masih menuntut pelajaran di sebuah universiti tempatan, Eriza telah membuktikan bahawa beliau mampu menguruskan masanya dengan baik dan menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku yang perlu dilaluinya dalam meniti kerjaya dalam industri muzik yang mencabar ini.

Menurut pengurus D’Ayu Music, Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini dibuat dengan teliti terutama pada lagu dan muzik video ‘Demi Kasih’ ini. Muzik video ini adalah hasil produksi dari Motawh Production yang diarahkan oleh As’ad Motawh.

“Apa yang menarik mengenai muzik video ‘Demi Kasih’ ini adalah kami menerapkan bakat lakonan dan nyanyian Eriza di dalamnya. Muzik video ini berkonsepkan penceritaan agar mood yang disampaikan dalam lagu ini lebih berkesan kepada pendengar.

“Pengalaman lakonan Eriza sebelum ini sangat membantu dalam proses menyiapkan muzik video ini” ujarnya.

Eriza sebelum ini telah berlakon di dalam sebuah filem ‘Harum Malam’ arahan pengarah terkenal Dain Said, dan beliau telah selesai persiapan akhir untuk sebuah filem yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Untuk makluman, lagu ‘Demi Kasih’ telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital streaming bersama Muzik Video di Youtube Channel D’Ayu Music.

 

 

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k