ESKAYVIE DAN PAKNIL LANCAR i-QIDS, VITAMIN UNTUK PERKEMBANGAN MINDA ANAK-ANAK

Eskayvie Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera sepenuhnya, yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i-Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.

“i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus dapat menyokong proses pembelajaran mereka,”

“Formulasi i-Qids ini amatlah istimewa kerana ia mengandungi superfood yang terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.“

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tidak boleh keluar bermain, tidak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini dapat menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsangkan dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,”

“Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah. Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka. Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari,”

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri yang merupakan formulator produk itu berkata, “Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak-anak berusia 2 hingga 12 tahun,”

“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,”

“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ulas Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut.

FB PAGE: Eskayvie Malaysia – https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia – https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k