Feby Putri Pukau Peminat dengan 16 Lagu di Zepp Kuala Lumpur

Feby Putri pertama kali muncul di Malaysia pada Mac 2023 melalui konsert “Feby Putri Live in Kuala Lumpur”. Momen tersebut juga menandakan kali pertama penyanyi dengan nama penuh Feby Putri Nilam Cahyani ini meninggalkan tanah airnya, Indonesia.

Sambutan hangat daripada peminat tempatan mendorong pihak Miebird Projects untuk sekali lagi membawa Feby Putri kembali ke Malaysia dengan judul “KONSERT FEBY PUTRI VOL 2: DETIK.MENIT.JAM, LIVE IN KUALA LUMPUR”.

Konsert ini berlangsung pada 27 Julai 2024, Sabtu, di Zepp Kuala Lumpur. Persembahan bermula pada pukul 8.00 malam dengan penampilan pembuka oleh Megat Fazly yang menyanyikan empat buah lagu.

“Selepas melihat sambutan hangat dari para peminat pada tahun lalu, kami di Miebird Projects merasa terpanggil untuk menyatukan semula Feby dan peminatnya di sini melalui konsert ini. Kami sangat terharu dengan sokongan yang diberikan, dan konsert kali kedua ini juga berjaya sold out!” kata Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

Feby Putri turut berkongsi perasaannya, “Saya sangat terharu dengan sambutan yang luar biasa pada konsert sebelumnya. Kali ini, saya lebih gembira melihat kehadiran sekitar 2,400 peminat yang datang memberikan sokongan,” ujarnya. Pada malam itu, Feby mempersembahkan kira-kira 16 buah lagu, menjadikan malam tersebut penuh dengan kenangan indah bagi semua yang hadir.

Dengan kejayaan konsert ini, jelaslah bahawa Feby Putri mempunyai tempat istimewa di hati peminat Malaysia. Kehangatan dan sokongan yang diberikan oleh peminat menjadikan setiap persembahan lebih bermakna dan mengesankan.

INFORMASI :

KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, ‘‘DETIK.MENIT.JAM“, LIVE IN KUALA LUMPUR.

TARIKH/ MASA/LOKASI: 

  •    27 JULAI 2024 / SABTU
  •    8:00 malam
  •    ZEPP KUALA LUMPUR

OPENING ACT: MEGAT FAZLY

Tajuk lagu: 

  1.   BINTANG BERKELIPAN
  2.   MINTA MAAF LAGI
  3.   TATKALA RINDU
  4.   BERSERI

SENARAI LAGU FEBY PUTRI:

  1.   TANPA PAMRIH
  2.   ALIH
  3.   ANDAI KATA
  4.   SENDIRI DULU
  5.   BAGAI BULAN BINTANG
  6.   DIRI
  7.   DERA
  8.   KEMBALI PULANG
  9.   USIK
  10.  CAHAYA
  11.  HALU
  12.  TANGAN-TANGAN UCAP PERPISAHAN
  13.  LIAR ANGIN
  14.  DETIK MENIT JAM
  15.  RANTAU
  16.  RUNTUH
CATEGORIES
TAGS
Share This