Feel Da Starz 2024: Platform Unggul Bakat-Bakat Muda Felda

FEEL DA STARZ adalah program realiti nyanyian yang memberi peluang kepada bakat-bakat nyanyian dari komuniti Felda untuk mengembangkan potensi mereka.

Peserta-peserta mengikuti proses penyingkiran melalui siri jelajah di empat Wilayah FELDA – Segamat, Trolak, Jengka, dan Sahabat, sebelum 10 peserta terbaik dipilih untuk bertanding di Konsert Kemuncak Juara FEEL DA STARZ pada HARI PENEROKA FELDA 2024 di MAEPS, Serdang.

Konsert Finale malam itu dimeriahkan dengan kunjungan YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi.

Juara FEEL DA STARZ adalah Naidatul Zamrizam Arsad, atau Zam dari Wilayah Johor Bahru, yang memenangi RM10,000, sebuah iPhone Pro Max dari Umobile, dan sijil penghargaan dari Institut Semarak FELDA.

Naib Juara, Nurul Aini Shahira Hariadi atau Allong dari Felda Jengka 17, Wilayah Jengka, membawa pulang RM7,000. Tempat ketiga ditempati oleh Saiful Bahri Shamri atau Saif dari Felda Lurah Bilut, Wilayah Mempaga, yang menerima RM5,000 berserta sijil penghargaan yang sama.

Acara Konsert Finale juga menampilkan persembahan pembukaan dari Penyanyi Mawi, Siti Nordiana, Marsha Milan & Firman Siagian, serta dihoskan dengan gemilang oleh Kak Lina Pom Pom.

Selain itu, semua finalis turut mendapat hadiah wang tunai RM1,000 serta sijil penghargaan sebagai pengiktirafan kepada usaha mereka dalam pertandingan ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This