Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) Telah Memasuki Sedekad Penganjuran

Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) adalah acara yang diadakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di lima lokasi berbeza, termasuk Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, SACC Mall, SACC Walk, dan Plaza Alam Sentral. Acara ini melibatkan kira-kira 1,200 peniaga dari berbagai sektor  dari 22 Februari hingga 9 April.

Festira adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Selangor serta pengunjung dari luar kawasan, yang menawarkan pelbagai produk makanan, pakaian, barang keperluan harian, serta pelbagai hiburan dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Acara ini tidak hanya menjadi tempat untuk berbelanja, tetapi juga merupakan titik pertemuan sosial yang penting bagi masyarakat setempat.

Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata memasuki sedekad penganjuran, Festira menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung sepanjang 48 hari diadakan.

“Artis tanah air turut berniaga kali ini antaranya Datuk Afdlin Shauki, Ako Mustapha, Tyzo Xynder dan Hijjaz yang menjual pakaian serta keperluan raya lain.

Najwan berkata lagi, beberapa artis tempatan juga bakal membuat persembahan antaranya Haiza, Elyana, Ezlynn, Najwa Latiff, Dafi, Amylea serta Syura bertujuan menarik lebih ramai pengunjung.

“Penganjur turut adakan program agihan bubur lambuk Kampung Baru secara percuma, solat tarawih berjemaah selain menyediakan kaunter bayaran zakat.”

“Sebelum ini Plaza Alam Sentral seperti yang semua ketahui adalah sedikit kurang menarik dan kita berharap di bawah PREC ia akan hidup semula,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, Plaza Alam Sentral merupakan aset baharu PKNS yang telah diambil alih sejak bulan Disember yang lalu dan banyak yang perlu dilakukan untuk menarik pengunjung kembali ke pusat beli-belah tersebut.

“PKNS telah merancang pelbagai projek naik taraf bagi menambah baik dan memberi nafas baharu kepada bangunan ni kelak.

Katanya lagi, Plaza Alam Sentral akan dijenamakan semula dan menjelang tahun depan orang ramai akan menyaksikan Plaza Alam Sentral yang berwajah baharu.

CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k