Frutti Tutti rahsia langsing Nabila Huda

Sering berkongsi pelbagai jenis makanan kesukaannya di laman sosial, Nabila Huda mungkin dikenali sebagai antara selebriti yang cukup terbuka dan jujur dalam kalangan peminat. Malah ada yang menjadikan pelakon dan pengacara ini sebagai rujukan untuk mencuba makanan serta masakan terbaru.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil juga mengakui bukan mudah untuk dirinya memastikan bentuk badannya sentiasa kekal langsing. Selain bersukan, antara yang turut dilakukan Abil juga adalah untuk mengawal pengambilan makanannya dan mengamalkan pengambilan produk detoks.

Dalam memastikan dia mendapat bentuk badan yang ideal, Abil turut menjeelaskan perbezaan umur dan persekitaran seseorang itu juga harus diambil kira sebelum seseorang itu mahu berusaha mengurangkan berat badan. tambahnya tidak semua diet yang diamalkan sesuai dengan bentuk badan seseorang.

Berpengalaman luas selain menjadikan ilmu yang dimilikinya untuk membantu mereka di luar sana, Abil kini muncul dengan produk Frutti Tutti. Merupakan makanan tambahan yang berasaskan serat epal, jus ini juga mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan dan pengurangan berat badan.

Abil enggan membandingkan produk yang diasaskan dirinya dengan produk detoks lain di luar sana. Jelas Abil, dia mahukan pengguna melihat sendiri produk Frutti Tutti dengan merasai sendiri perbezaan yang dibawakan produk ini.

Antara yang ditawarkan Abil melalui Frutti Tutti juga adalah peluang buat orang ramai diluar sana untuk menjadi usahawan. Melihat kemampuan produk ini diterima dengan baik pengguna, tidak mustahil untuk Frutti Tutti mampu membantu mereka yang ingin menambah pendapatan secara tetap atau sampingan.

Sementara itu, Frutti Tutti sudah pun berada di pasaran  sejak Mac lalu dan dijual pada harga RM79.90 untuk sekotak. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh melayari web https://www.fruttitutti.org/. 

CATEGORIES

COMMENTS

2.7k
Whatsapp40.8k