GAME ON! CERIA POPSTAR XTRA LAGI GAH, LAGI MERIAH

Astro Ceria kini kembali menghiasi hujung minggu dengan program realii bakat nyanyian, Ceria Popstar Xtra. Mula bersiara sejak 29 Jun 2022 yang lalu, Ceria Popstar Xtra bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9 malam menerusi saluran Astro Ceria (611), menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bakal menonjolkan elemen-elemen baharu pada musim kali ini. Ceria Popstar Xtra ini berkonsepkan gaming yang akan menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka.

Ceria Popstar Xtra merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industry seni pada masa akan datang. Program ini juga adalah program pertanding nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara atas talian (online) melalui TikTok, platform media social yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi telah menyenarai pendekkan 10 peserta pilihan yang terdiri daripada penyanyi solo yang berbakat. Mereka dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

Menambahkan lagi kejutan, program ini menampilkan karakter misteri yang dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. C-X juga mempunyai imuniti untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir.

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar. Antara konsep-konsep gaming yang diterapkan adalah Xtra Life, Xtra Star Scoreboard, MVP of The Week.

Nabil Ahmad selaku pengacara program ini bersama-samapenyanyi serba boleh, Elly Mazlein. Menampilkan Mas Idayu dan Johan sebagai juri tetap. Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Guru tarian pula ialah Naib Juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy.

 

Ikuti perkembangan terkini Ceria Popstar Xtra di platform Instagram, Facebook, Youtube, Hastag #CeriaPopstarXtra #CPX2022.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k