GANDINGAN BAHARU ROMCOM, ALIFF AZIZ & INTAN NAJUWA PASTI MEMUKAU DALAM ‘JODOHKU BABYSITTER’

Penceritaan menerusi 20 episod ini menceritakan kisah cinta yang tidak diduga antara seorang duda yang mempunyai dua orang anak dengan seorang wanita bergayakan tomboy. Perhubungan Adam dan Adel terjadi apabila kedua-duanya dalam keadaan terdesak.

Adel dan Adam mempunyai masalah yang tersendiri. Adel dengan masalah kerjanya, Adam pula menghadapi masa menjaga anak-anaknya selepas bercerai dengan Atikah. Selepas beberapa pertemuan yang berakhir dengan pergaduhan, Adam tidak yakin Adel boleh menjaga anak-anaknya. Namun, kehadiran Puan Sri Kirana yang ingin mengambil cucunya, Adib telah membuatkan Adam berang. Adel yang menghalang keadaan dan telah membuka mata Adam terhadapnya. Ibunya nasihat Adam akhirnya melamar Adel. Bagaimanapun, perkahwinan mereka terus diganggu oleh bekas ibu mertuanya, Puan Sri Kirana.

Hubungan Atikah dan Amri pula tidak seperti yang disangka kerana dia seorang kaki perempuan. Atikah bertindak untuk membunuh Amri sehingga dia sendiri trauma. Puan Sri Kirana mengambil keputusan untuk meminta bantuan Adam untuk menyelamatkan anaknya yang trauma itu. Adam terpaksa berbohong kepada Adel demi membantu bekas isterinya. Dia sanggup menipu untuk melihat Atikah sembuh kerana dialah ibu kepada anak-anaknya. Namun, tipu daya Adam telah dihidu oleh Adel.

konflik memuncak apabila Atikah menyangka Adam curang terhadapnya dengan Adel tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Lantas Atikah bertekad untuk membunuh Adel. Apakah yang akan terjadi kepada pasangan ini? Adakah kebahagiaan menanti Adam dan Adel kelak?

‘Jodohku Babysitter’ diterajui juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz serta pelakon popular, Intan Najuwa. Drama rantaian ini diarahkan oleh sutradara tersohor, Hadith Omar dan didukung oleh bintang-bintang hebat seperti Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Datin Nina Juren serta ramai lagi.

‘Jodohku Babysitter’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Julai 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k