Gandingan Penuh Semangat: Kedua-dua Artis, Wanna Ali dan Aiman Ismail, Memukau Peminat

This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Bukan%20Sekadar%20Lafaz.jpg Kolaborasi unik antara Wanna Ali, seorang pelakon yang terkenal dengan bakat lakonannya, dan Aiman Ismail, seorang penyanyi yang diiktiraf, mencipta lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ sebagai sebuah karya seni yang memukau. Dengan genre pop Balada, lagu ini mempersembahkan perpaduan emosi dan melodi yang memukau hati pendengar. Kini, lagu ini boleh dinikmati di pelbagai platform digital sejak 3 Oktober 2023. Menurut beliau, “Sekian lama tidak menghasilkan lagu, jadi saya amat teruja apabila dipanggil untuk menghasilkan runut bunyi (OST) lagu rasmi bagi drama bagi Bukan Sekadar Lafaz yang bakal disiarkan di TV3.  Lagu ini cukup bermakna kepada saya kerana ia mencerminkan diri saya sendiri dan situasi yang saya sendiri pernah alami. Pemilihan Aiman selaku rakan duet turut menyuntik keunikan tersendiri sementelah melihat hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai anak dan bapa tiri.Liriknya juga memberi makna yang sangat mendalam dan berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih kepada Wanna dan Aiman kerana membawakan lagu ini dengan penuh emosi. Penggubahan lagu ini sudah tentunya menjadi pengalaman istimewa buat saya, jadi saya harap pendengar dapat menerimanya dengan baik kerana saya sudah mencurahkan hati saya ke dalam lirik dan irama.” Sementara itu, Wanna turut berkongsikan pengalamannya. “Wanna mengambil masa lebih 2 minggu untuk menjiwai lagu ini. Memang menarik hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh ni. Bila baca liriknya bersama melodi, saya rasa saya adalah Ashikin, watak yang saya pegang dalam drama tersebut. Rakaman single ini di dalam studio bersama Aiman Ismail, Alhamdulillah mengambil masa hanya 5 jam sahaja, kerana Aiman juga memberi kerjasama yang sangat baik” jelas Wanna yang turut membintangi judul terbaharu TV3 itu. Lirik lagu ini mempunyai jalan cerita yang tersendiri iaitu mengenai pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain namun berasa sangsi dengan hubungan mereka kerana kehidupan mereka yang tidak sama taraf! Gabungan suara Wanna Ali dan Aiman Ismail berjaya membawakan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini sebagai runut bunyi bagi drama bersiri Akasia yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Untuk mendengar lagu istimewa nyanyi Wanna Ali dan Aiman Ismail , jangan lupa untuk muat turun lagu ‘BUKAN SEKADAR LAFAZ”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat terkini berkaitan lagu-lagu daripada Alternate Records, layari media sosial rasmi di YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang ARSB, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my.   Berikut adlah lirik kepada lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’.  
(LELAKI)
Cuba kau fikir saja dahulu
Atas keputusanmu untuk mencintaiku
Kernaku hanya insan biasa
Aku takut kau menyesal nantinya

(PEREMPUAN)
Aku sangat tulus mencintaimu
Aku tak peduli siapa dirimu
Yang aku mahu hanya dirimu
Kasih sayangku hanya untukmu

(LELAKI)
Aku hanya insan biasa
Hidup kita sangat berbeza
Kau bagaikan langit
Ku bagaikan bumi
Aku takut jika nanti kau tak bahagia

(PEREMPUAN)
Aku mahu menerimamu
Atas segala kekuranganmu
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
Ku mencintaimu apa adanya

(LELAKI)
Ku takut kau kan sengsara
Hidup denganku insan tak punya

(PEREMPUAN)
Ku yakin ku kan bahagia
Hidup denganmu penuh cinta

(LELAKI)
Aku hanya insan biasa
Hidup kita sangat berbeza
Kau bagaikan langit
Ku bagaikan bumi
Aku takut jika nanti kau tak bahagia
(PEREMPUAN)
Aku mahu menerimamu
Atas segala kekuranganmu
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
Ku mencintaimu apa adanya

(PEREMPUAN & LELAKI)
Cinta tak memandang rupa
Cinta tak memandang harta
Cinta ini tulus untukmu

(PEREMPUAN)
Aku mahu menerimamu
Atas segala kekuranganmu

(LELAKI)
Kau bagaikan langit
Ku bagaikan bumi
Aku takut jika nanti kau tak bahagia
Aku hanya insan biasa
Hidup kita sangat berbeza

(PEREMPUAN)
Tulus kesetianmu itulah bahagiaku
Ku mencintaimu apa adanya

(LELAKI)
Cuba kau fikir saja dahulu
Atas keputusanmu untuk mencintaiku…..
CATEGORIES
TAGS
2.7k
Whatsapp40.8k