GERAK KHAS UNDERCOVER MUSIM 2 LEBIH MENCABAR DAN PENUH AKSI MENDEBARKAN!

Gerak Khas Undercover musim kedua ini kembali lagi dengan kes-kes jenayah yang lebih mencabar dengan penuh aksi yang sangat mendebarkan. Barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dato’ Rosyam Nor, Farid Amirul, C. Kumaresan, Sheera Iskandar, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim dan Elizabeth Tan tentutnya membuatkan penonton terpaku di hadapan televisyen.

Drama ini berbentuk penyiasatan dan kepolisian ini merupakan terbitan Skop Production dan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof, C. Kumaresan dan Faizal Yusof. Ia mengisahkan tentang anggota undercover dalam menjalankan tugasan risikan dan penyamaran dalam menyelesaikan masalah kes jenayah yang sangat berleluasa. Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota ini bagi memastikan masyarakat kita sentiasa berada dalam keadaan selamat. Drama bersiri ini penuh aksi lasak, Gerak Khas Undercover Musim 2 telah pun mula disiarkan pada 24 Jun 2022, setiap hari Jumaat pukul 10.30 malam.

Menerusi episod pertama dan kedua, pasukan unit khas yang dipimpin oleh ACP Zamri (Dato’ Sri Eizlan Yusof) berusaha menjejak ketua sindiket pengedar dadah yang paling dikehendaki. Rita (Ruzana Ibrahim) telah menyamar sebagai gelandangan untuk mengumpul maklumat. Sementara itu, Zaki (Dato’ Aaron Aziz) dan Hafiz (Raja Afiq) pula hampir terkena tembakan curi dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Berkat kerja berpasukan dan penyamaran itu, pasukan undercover ini berjaya menangkap Bob Tompo, ketua sindiket tersebut dan dia juga yang telah menembak Zaki dan Hafiz.

Pada masa yang sama, berlaku konflik antara ASP Zaki dengan Inspektor Hafiz, atas kecuaian Hafiz dalam menjalankan tugas. Ini membuatkan hubungan mereka berdua semakin renggang. mampukah Hafiz menembus kesilapanya dan berjayakah pasukan undercover dalam membongkar sindiket jenayah yang berluasa? Semuanya terjawab dalam Gerak Khas Undercover musim 2 pada setiap jumaat, 10.30 malam hanya di TV3.

Untuk informasi terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Bagi perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

CATEGORIES
2.7k
Whatsapp40.8k